Wednesday, April 2, 2014

Fikir Panjang

Mutaakhir ini, rasa teringat sangat sangat sangat dengan yang di sana. Taktahu kenapa, tapi aku diamkan sahaja.

Malas layan perasaan. Nanti dikatakan pula, "asyik terkenang yang di sana"...Takdapat nak let go...

Tapi, akhirnya dapat juga ku bersua di alam maya. Dan ternyata, perasaan resah itu ada hikmahnya. Lalu aku jadi kaget seketika. 

Ahh benarlah hadis tentang mukmin yang mafhumnya, orang mukmin itu ibarat satu jasad. Pabila satu bahagian ini disakiti, yang lain juga ternyata akan merasa kesakitannya !

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang ukht sewaktu berkongsi pengisian, katanya kalau Allah ilhamkan kita teringat dengan sahabat-sahabat kita (ikhwah akhowat), mungkin saja orang itu sangat memerlukan doa kita. 

Bukankah kita dipesan untuk mendoakan saudara seislam kita setiap kali selepas solat? Aku, sungguh aku lupa...barangkali terlalu asyik mendoakan untuk diri sendiri sahaja...

Saban hari bila memikirkan, aku jadi cemburu. Ya, aku jadi cemburu banget. 

Ternyata ujian Allah itu tampak hebat dan diuji untuk mukmin yang hebat-hebat jua. Aku ini, apa saja ujiannya? Ujian dengan diri sendiri. Hmm

Terus, aku jadi sedih juga cemburu amat. Kerna nampak sangat status aku di mana...kerna ujian aku begitu-begitu saja di sini :( :(

Dan beberapa hari yang lalu, aku menyemak kembali buku Taushiyah untuk Aktivis Islam. Beberapa mutiara yang buat aku rasa sebak...

" Akhi, aktivis islam, ketahuilah anda akan merasakan kelelahan luarbiasa dan mendapatkan cobaan demi cobaan saat berjalan di jalan kebenaran dan berkiprah di aktivitas untuk Islam. Tapi jika anda tegar di atas kebenaran dan bersabar menghadapi cobaan, maka penderitaan sirna, kelelahan hilang dan yang tersisa adalah pahala bagi anda, insyaAllah."

"Ketika anda menginjakkan kaki di syurga, saat itu pula segala kelelahan yang anda pernah rasakan, duka yang dulu mendera anda, dan luka yang anda alami di jalan Allah Ta'ala sirna seketika."

"Akhi, aktivis Islam, anda harus meningkatkan kesabaran, dengan cara menyiapkan jiwa anda untuk bersabar, nescaya jiwa anda bersabar pada suatu waktu, bahkan menjadi jiwa yang ridha, insyaAllah."

Ikhwah wa akhawat fillah, aku di sini sentiasa akan mengingatkan diriku untuk mendoakan antum. Aku rindu nak melihat muka-muka antum, bersama-sama bertebaran bersama antum di dunia ini dan di syurga kelak, insyaAllah. 

Random note:

Aku tak tahu kenapa nak tulis random note ini, tapi aku mengharapkan yang membaca dapat baca between the lines. 

Ada seorang akh yang aku hormati pernah bertanya,

"Apa maksud awak, fikrah dia lain?"



Saturday, March 15, 2014

DFTBA (Just Kidding, Really)

Bismillahirrahmanirrahim

In the name of Allah The Most Gracious, The Most Merciful...

Satu mesej diterima,

"Malam ni kita ada katibah dekat _____ ya. Sapa boleh mai?"

Dalam hati,

"Uhhh nak gi sangatsangat, tapi tempat tu taktau pulak kat mana. Dahtu kerja malam ni habih pukul 9pm. Esok kena masuk awal pagi." .____.

Cuba cuba reasoning balik. 

"InshaAllah saya mai, tapi lambat tak apa ka kak S?"

Bunyi mesej baru. *Tingting*

"Ok, takpa ja."

Last-last ambil keputusan tebalkan muka mintak workmate lukis peta. Sebabnya cuba cari alamat dalam Google Map, tak dapat locate. 

Tudiaa nak kata terlalu bergantung dengan GPS. 

Dalam hati, berdebar-debar. Sangat. 

First time nak drive jauh (kot), takda teman sebelah. Malam pulak tu. 

Mata tertumpu dekat jam punch card. Lagi 3 minit nak pukul 9. 

Getus dalam hati,
"InshaAllah, ok ja ni. Allah kan ada, N"

Keluar office. Isi air dalam botol, pi washroom nak keep self distracted. 

Masuk balik office, jam punch card tepat pukul 9:00 PM. Terus punch card, berlari anak ke kereta.

Make sure semua benda ada & semua selamat, start enjin. 

Vroom vroom...

"Boleh cam ka jalan-jalan yang kawan cerita dalam peta tadi niiii...Malam malam camni"

Ok. Keep calm and keep driving. 

Jalan semua dah tak kenal, pakat agak & redah. Akhirnya jumpa jalan kecik ke tempat tu. 

Subhanallah walhamdulillah wa laa ilaaha illaLlah waLlahu akbar !

Jumpa juga tempatnya. Tanggalkan kasut, buat muka tak malu masuk lambat. Pastu duduk belakang. 

Tengok depan, ada seorang pakcik cakap Arab dan ada seorang translator. Muslimah pula tu :)

Tengok tajuk kat slide, 

زينب الغزلي



Ok, rupanya dapat taujih (pengisian) tentang dia. 

Siapa sangka, dahla tak pernah baca pun buku Zainab Al-Ghazzali tu, tapi subhanaLlah Allah bagi peluang tau kisah hidup dia melalui penceritaan sheikh dari Mesir ni?

Dan siapa sangka pernah ada seorang wanita muslimah macam dia zaman ni? 

Quote daripada sheikh,
"Dia punya keinginan yang kuat, semangat yang tinggi, semangat jihad seperti seorang lelaki."

Best part is, bila sheikh cerita macamana ayah dia didik dia :)

Ayah dia pesan kat dia waktu dia kecik-kecik,
"Zainab, you're not like your other friends (her same age friends). You've got great responsibilities ahead of you, you'll be making a revolution to help islam rise again."

(Lebih kurang macam tu la pesan ayah dia)

Nampak takkk? Ayah dia tanamkan keinginan/obsesi & harapan kat anak dia untuk naikkan khilafah islamiyah balik. 

Cuba ingat siapa lagi tokoh yang femes buat camni?

Ya betul, mak sultan Muhammad Al-Fatih. 

And the recent ones, ibu bapa Ammar. 

Tarbiyah yang start dari rumah always always always leave great impacts on children. Serius ! 

Ok, taktau la apa point post kali ni. Merepek barangkali. 

Tapi, tapi nak cakap satu point paling suka yang sheikh sebut malam tu. 

Which is, ثورة فكرية. Bermaksud "Revolusi Pemikiran". 

Agak-agak kenapa point ni termasuk dalam taujih ni?

Bersambung...eh. 

InshaAllah.