Tuesday, October 30, 2012

Banyak Kali

Bismillah :)

Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Allah bagi nikmat untuk bernafas kembali di dunia ini, mengingatkan diri bahawa saya masih menggalas tanggunggjawab sebagai khalifah dan 'abidNya.

Alhamdulillah, baru balik dari berdaurah (baca: berprogram) di West Virginia.

Daurah yang sama, basic amat di kaca mata orang yang baru mengenal tarbiyyah.

Tapi, sungguh, banyak tak terkira yang saya belajarrrr sepanjang daurah ini.

Dan sungguh, setiap kali dengar dan tengok dua video ini, pasti semangat membara kembali !


Take home messages daripada dua video ini, biarlah yang melihatnya buat konklusi sendiri.


>>>>>>>>>


 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكًا عاضًا فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون ملكًا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، ثم سكت."

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.


Selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian (khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya,masa kerajaan yang 'mengigit' (Mulkan Adhan). Adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya,masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya, adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian (khilafah 'ala minhaj al-nubuwwah).



Kemudian beliau (nabi) diam.” 


(HR.Ahmad dan Baihaqi dari Nudman bin Basyir dari Hudzalfah)


Oh lupa, tajuk atas tu.  Cuma nak cakap, banyak kali dah dengar pengisian ni...Maknanya apa eh?

Hmmm...

Tuesday, October 23, 2012

Rukun-rukun Pemuda

1. Beriman
2. Jujur
3. Hamasah (Semangat)
4. Amal (Tindakan)

Agak-agak, kita ni ada iman saja kah?
Semangat saja kah? Kejujuran saja kah?

Amal letak mana? Kalau ada keimanan, kejujuran, hamasah tapi amalnya tak ke mana, tak jadi jugak kan.

Nak harap ciri-ciri lain ada, tapi praktikalitinya takdak, camna camna camna kita nak realisasikan apa yang kita nak?

Nak pasang cita-cita saja? Pastu terus yang lain bergolek-golek datang sendiri ka?

Contoh, nak sesangat sangat orang lain tahu nikmat iman & islam tu macam mana inshaAllah. tapi tindakan nak ke arah tu, takjalan seciput pun? Ada ilmu kemain banyak pasal islam, tapi simpan kat diri sendiri jaa? Orang suruh berkorban sikit, kemain banyak lagi alasan keluar? Apa ingat islam ni magik ja ka nak naik macam tu jaa?

Dush dush. Muhasabah lagii.....

T___T