Monday, November 7, 2011

Transformers Invasion!

Mula-mula sekali, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua!

Alhamdulillah, semakin bermakna ya sambutan Hari Raya di Columbus sekarang ini.

Dah ada transformation, translation dan bermacam lagi yg dapat di'observe' sepanjang Aidiladha di sini.

Memandangkan kakak saya telah meminta saya meng'upload' gambar di blog, jadi dengan tunduk patuhnya saya ingin mengotakan janji saya.

1) Malam raya?

Takbir di malam Raya


                                          Sebahagian makanan yg disajikan :D



                                 Jeopardyy (baca: tradisi event OSU)

2) Pagi Raya


                                     Solat Raya di International Plaza





Yaaa, itulah dia suasana beraya di perantauan. Begitu _______(isi ikut interpretasi) sekali!

Apa yg penting, nak share sedikit nota yg di'save' dlm otak:

#1- Bilamana kita nak korbankan sesuatu, berilah korban yg terbaik. Especially, kalau berkorban kerana Allah. #LikeABoss


#2- Kasih sayang (baca: LOVE) terhadap Allah itu sesungguhnya melebihi segala-galanya. (kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail a.s.) #LikeABoss

(Kredit: Pemberi tazkirah semalam).

InshaAllah, moga kita semua dapatlah sedikit sebanyak pengajaran disebalik peristiwa ni.

Dan macam mana kita ambil pengajaran tersebut untuk meng'transform'kan diri kita, itu juga terpulang kepada masing-masing jugak ya.

Harapnya, taklah 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan' aja.

Apa-apapun, akhir kata, selamat beraya dengan 'korban' masing-masing ya! Moga 'korban' diterima Allah :)


No comments: