Wahh, sesungguhnya masih lagi terasa ketukan yang bertalu-talu sewaktu Muktamar lalu!
Macam mana nak cerita pun tak tahu, cumanya apa yang boleh dikatakan adalah saya dapat merasakan betapa berseninya Allah dalam mentarbiyah (baca: mendidik) hamba-hambaNya.
Apa yang saya boleh cakap, antara ketukan yang saya ingat sewaktu di Muktamar, Ustaz Hasanuddin kata, dalam sehari tu, kita kena cari masa untuk bersendirian dengan Allah.
Hmm kenapa ya?
Doushite, Why, Limaza?
Pernah suatu ketika dahulu, saya asyik tertanya-tanya di mana nak dapatkan kekuatan untuk hadapi kehidupan seharian ini. Ada orang cakap, kena tidur cukuplah, makan makanan berkhasiat lah, study smart lah dan lain-lain lagi lah. Yaa, saya tak nafikan yang sangat betul semua itu tetapi ada sumber kekuatan lagi hebat daripada semua ini!
Yaaaaaaa, kekuatan sebenar yang ultimate itu berada dengan Allah! Yeahh, sesungguhnya bilamana kita melapangkan waktu untuk mengadu, bercerita apa-apa sahaja kepada Allah tentang kehidupan harian kita, di situlah kita akan dapat kekuatan dariNya.
Allah itu Maha Berkuasa, Maha Mendengar dan Maha Pengasih. Jadi mana mungkin Dia akan tinggalkan kita begitu saja tanpa ada sedikit pertolongan pun yang diberikan dalam hidup kita, kan?
Kalau dalam seharian, kita sibuk mencari kekuatan daripada sumber-sumber lain, tapi kita tak ingat untuk cari kekuatan tesebut dariNya, mana mungkin kita dapat mencari kekuatan untuk menghadapi rintangan dan ujian yang juga datang dariNya?
Semudah kacang atau ABC kalau gunakan logik akal untuk fahaminya. (bagi sayalah hehe)
Also, think of this. When you turn to something else for strength, even if it works for you, does it last long?
Or does it ease your mind, your body and more importantly, your heart?
Tepuk dada, tanya iman.
Tepuk kepala, tanya akal. ;)
Rindu dengan bi'ah solehah di Muktamar! Sapa kata tak rindu, memang tipu habislah :P
7 comments:
i miss that moment too.miss korang yak..hope to see u later:)
awesome-ness! :D
rindu jugak.
:')
saya rindu juga~~~
tapi betul, dapat kutip banyak sangat dari Muktamar. Macam Allah beri tarbiyah, bukan dari talks sahaja, tetapi dari orang dan suasananya. :)
aiwah!
Nabilah: insyaAllah jumpa muktamar tahun ni, Nabilah! :D
Nisa wa Anonymous wa Tini: ^^
saya lagi rindu anda semua. :|
cepat datang melawat Ohio, Ami! :)
Post a Comment