Assalamu'alaikum :)
Semalam.
Yaa, sepatutnya tajuk tu jadi dua malam yang lepas sebab harini dah jadi pagi. Tapi takpala, tajuk semalam sounds more appealing to me. Ok kerepek kejap.
Esok nak exam, tapi saya nak cerita off-topic bukan pasal exam.
Boleh kan? Boleh kan? (Hnnn mestilah boleh, ni blog sendiri). Ok setop.
'Ala kulli hal...
Sebenarnya just nak cakap semalam (eh dua malam yang lepas), ada la sembang dengan sorang ukhti ni haa sambil dok studi untuk final examsss.
Dok sembang-sembang, ehhh tetiba tercerita pasal tamrin. Lepastu ofkos la mesti akan sebut 1st tamrin datang (tamrin paling diingati sekali dalam memori) kat UB, tamrin kat MSU & tamrin yang baru habis beberapa minggu lepas kat UB juga hehe. Heh lepas baru habis prog tamrin, mesti lahh kena sembang2 gak pasal ni.
Tapi main focusnya sembang pasal tamrin kat MSU lah, sebab waktu tamrin tu saya takpi pun sebab haa...adalah sebabnya. Hanya Allah yang tahu. Cewahh menyampah ai.
Dan masuknya cerita pasal tamrin tu pun sebabnya saya ada jumpa this one Youtube playlist full of that Tamrin's pengisian. Alhamdulillahi rabbil'alamin boleh dengar walaupun dah SETAHUN terlepas. Huu sedih dan emo sebentar.
Ehem. Dan sambil-sambil dok sembang dengan ukhti ni, saya pun usha2 la dulu tajuk-tajuk pengisian yang ada kat playlist tu en sebelum dengar. Amboii tudiaa tajuk semua mantopp mantopp depa ni semua dapat. Siap bahasa Arab lagi.
Lagi la rasa cam Allahu mantapnya akhwatku yang semua pergi Tamrin MSU ni ! Sedih lagi bila taktau pun depa dapat pengisian sebegini osem, tapi itu abaikan. Salah diri sendiri jugak en takgi korek habis-habisan apa depa dapat kat Tamrin tu. Ok perkara lama jangan difikir-fikirkan lama, yang penting ambil pengajaran untuk masa depan ;)
A-nyhow, satu la perkara penting sebenarnya yang terasa "Ouchhhh" sangat waktu dok syiokk bersembang & sharing dengan ukhti tu, ada satu perkataan tu dari mulut ukhti tu yang membuatkan diri sendiri ni terasa "Hrmm kalau Allah nak tapis aku waktu tu memang boleh sangat sebab apa yang ukhti tu cakap (Aippp mana buleh share kat sini !) " dan "Kalau Allah nak hentikan aku kat jalan DnT ni, macam mana cara pun Dia boleh buat sebenarnya". Betul tak en?
Ya Allah, waktu tu lepas habis cakap dengan ukhti tu seryes terus takleh tido pun. Banyakla benda ter-rewind balik dalam otak ni sepanjang saya dapat tarbiyyah kat US ni.
Dah takleh tido tu, sambung la dengar pengisian tamrin kat Youtube tu pasal Ila Aina Nad'u Nas dengan Amal Islami Muntij. Lagilah rasa Allahurobbi, banyaknyaa rugi kat diri sendiri. Potong la bawang sorang-sorang...
Pusing-pusing dok cerita ni sebenarnya nak cakap. Taklama dah kan kita nak duduk US ni sebenarnya (unless kalau ada plan nak buat masters kat sini heehoo). Tapi nak cakapnya, rugi lah, rugi lah kita kalau masih rasa ragu-ragu, rasa susah, masih nak tarik tali nak menyumbang kepada DnT US ni. Kalau masih terhegeh-hegeh, takda planning betul-betul macam mana nak tinggalkan DnT dekat US ni nanti. (Ni saya lah ni semuanya).
Faham tak apa yang saya nak cakap ni? Yang sebenarnya kita takpunya masa lama lagi kat sini. Lagi berapa bulan ja? 6-7 bulan ja kan? Kalau kita dah balik nanti, kita dah pasti ka kita dah usaha sebaik mungkin untuk tinggalkan orang-orang yang bakal menyambung DnT di sini?
Tidak tidak, bukan saya nak tekan kat sini naik turunnya DnT sebab kita. Memang semuanya atas kuasa Allah. Tapi harus ingat, kita takboleh sewenang-wenangnya cakap "Haa dah Allah boleh tentukan semuanya, awat nak usaha pulun-pulun sangat aihh?"
Ingat ya, konsep usaha itu penting ! PENTING sepenting dua final exam saya yang bakal bermula awal pagi esok. Eh. Tapi anda nampak kan point saya? Kalaupun anda mahu tinggalkan segalanya di tangan Allah, bukan bermakna usaha anda biar cincai-cincai macam air cincau.
Sebabnya kita tau yang Allah sangatsangatsangat value usaha, struggle kita untuk sesuatu sebab since Dia dah tetapkan end result, Dia nak bagi ganjaran kita melalui usaha dan struggle kita tu la. Haa macam itu la :)
Ok jadi backtothepoint, jangan fikir awak tu dah boleh duduk saja sebab awak dah nak grad. Oh tidakk oh tidakk. Kalau awak fikir macam tu, apa yang awak fikir akan jadi dekat DnT US ni? (Kalau terasa jauh sangat, sila bayang DnT dalam lokaliti sendiri ya).
Apa sebenarnya yang awak nak tinggalkan kat orang sini lepas awak dah balik nanti? Ye, saya tahu most of us care more about what we have learned here to be applied kat Malaysia, tapi ada tak fikir untuk mereka yang kita nak tinggalkan di sini? Pernah terfikir tak?!
Hmm sedih laa sebenarnya sebab saya rasa saya takbanyak keluarkan ilmu-ilmu yang saya ada kat diri saya ni dekat orang lain.
And so, more resolutions and actions to be made. Kalau ada sesuatu yang kita boleh bagi untuk mencapai apa yang kita nak tengok kat US ni maybe in the next 5-10 years, please do something. Jangan masih rasa ragu-ragu, rasa nak bermalas-malasan, rasa nak "heyy, biaq pi la apa nak jadi kat depa ni, aku nak grad dah yippee" !
Yakinlah setiap daripada kita ada potensi diri, ada logam yang boleh bantu kita untuk tegakkan islam dalam diri & sama-sama bangunkan islam di sini ! Maka, jangan dibiarkan logam anda itu berkarat begitu sahaja.
Akhir kata, "Begin with the end of mind". Faham-fahamkan dan renung-renungkanlah.
Sekian.
*Minta maaf entri kalini agak kehairanan caranya, tapi ini mungkin berkat insomnia seketika. Jadi jangan risau, inshaAllah entri bakal menjadi normal kembali untuk masa akan datang*
Doakan saya untuk 2 exams esok ni ! Sebenarnya esok exam paling cuak dalam sejarah, tapi takpa kita relaks minum kopi sambil makan kitkat dulu. Eh takleh makan kitkat, kena boikot ! Anywho, point is, doakan saya dari jauh ya akhwat :)
Ilalliqa' inshaAllah :) Assalamu'alaikum :)
1 comment:
Salam. Somehow kan aku selalu fikir, tang mana yang aku tertinggal sampai aku tak betul2 masuk dalam gerabak DnT dekat US ni, or at least I don't feel belong in there. Mungkinkah sebab aku seorang diri di sini? Jauh dan keseorangan? Meninggalkan diri? Atau ditinggalkan? I can't be so sure about that.
Dalam diri aku, aku yakin dengan dakwah dan tarbiyah, tapi entah kenapa aku tak mampu laungkan kata2 semangat sebegitu, dan menggunakan term2 arab, mahupun mengucapkan ana enti wa ukhuwwah fillah. Its just I don't understand and don't feel it here inside qalbi.
Deep inside my heart, I really want to be part of you guys, but.. I dont know. Mungkin aku ada cara aku, dan mungkin ini yang Allah nak ajar aku dalam hidup ni. mungkin juga aku memang belum ke tahap itu. wallahualam.
yang pasti aku sentiasa cuba mencari Allah. dan sedaya upaya membawa orang lain bersama aku. walaupun bukan atas apa2.
p/s: i want to talk to you about this for so long, but havent got the chance. sorry that i post it here.
Post a Comment