Seriously, when people ask how to be istiqamah, I don't know how to answer it properly except for this,
"Minta dekat Allah tetapkan hati kita untuk terus istiqamah"
Apa-apa pun, kena imani dan yakini bahawa Allah itu yang pegang hati kita yang sentiasa berbolak-balik ni.
Jadi apa-apapun, minta dekat Allah kerna tiada satu pun selain Allah yang boleh tetapkan kita untuk buat sesuatu amal mahupun untuk terus tsabat di jalan ini.
Dan peranan kita juga untuk berusaha untuk terus menjalankan sesuatu 'amal itu, walaupun sedikit demi sedikit. *ketukan untuk diri ini yang liat*
Sebab itu juga pernah sekali ni tanya salah seorang asatizah, macam mana ya nak prepare diri untuk terus tsabat dalam tarbiyah lepas balik US ni ?
Satu jawapan simple aja dia bagi,
"Mantapkan hubungan (tarbiyah dzatiyah) dengan Allah".
Sumpah takut bila tulis ni sebab Allah akan uji orang yang menulis ini. Tapi itulah, jawapan yang sebenar-benarnya yang aku percaya !
Sebabnya walaupun kita juga memang memerlukan tarikan manusia, kawan-kawan, naqibah kita, bakal zauj/ah untuk teruskan ber'amal & kekal dalam jalan ini, tetapi yang mengutuhkan kita adalah Allah itu.
Jadi pesanan paling utama untuk diri sendiri, jagalah hubungan dengan Allah itu sebaik-baiknya, tetaplah istiqamah dalam ber'amal (walaupun sedikit-sedikit, biarlah bertahapan dan meningkat selepas itu inshaAllah)...sehinggakan pergantungan kepada tali Allah itu menjadi pergantungan TOTAL kita !
credit : Brotherhood Arts |
"Allahumma muqallibal qulub tsabbit qulubana 'ala deenik wa'ala tho'atik."
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Alhamdulillah, sempat mendapat perkongsian tentang surah Al-Qasas oleh Nouman Ali Khan di Ohio.
Banyak pengajaran (atau 'ibrah-ibrah) yang boleh dikongsi dan diapplikasikan dalam konteks hidup kita sendiri mahupun sebagai du'at berdasarkan cerita Nabi Musa.
Salah satunya, pergantungan Nabi Musa kepada Allah sewaktu dia hendak ke Madyan,
Salah satunya, pergantungan Nabi Musa kepada Allah sewaktu dia hendak ke Madyan,
Dan ketika dia menuju ke arah negeri Madyan dia berdoa lagi, "Mudah-mudahan Tuhanku memimpin aku ke jalan yang benar"
inshaAllah point-point lain bakal dikongsi di sini nanti =)
Alhamdulillah juga, anak saudara dah ada nama sedap lagi bermakna! Ahmad Darwisy (The Pious)
inshaAllah moga dua-dua anak saudara tergolong dalam generasi yang solihin wa muslihin...amin :)
No comments:
Post a Comment