Serius.
Alhamdulillah dah masuk fasa baru sekarang ini.
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah, akhirnya dapat merasa betapa nikmatnya ada kelapangan masa itu...spesifiknya bila ada banyak masa lapang untuk beribadah properly..
Sekarang ini, alhamdulillah Allah menetapkan yang terbaik untuk duduk beberapa di Seremban bersama-sama akhawat di satu RI di sini =)
Sepanjang masa di sini, banyaaak sekali perkara yang kalau boleh nak cerita supaya dapat ambil ibrah satu per satu.
Cumanya,
Harini terasa sungguh nikmat bila habis kerja (stress stress), Allah izinkan berbulatan gembira untuk kali ke-2 di sini.
Nikmat yang teramat-amat tak dapat nak cerita betapa bersyukurnya, bila ada usrah lepas habis kerja.
Bila kerja, rasa stress...sebab dunia.
Tapi tabarakaLlah, cepat saja Allah boleh ubah perasaan stress tu jadi berbunga-bunga, tersentap, terharu...dalam masa beberapa minit atau jam saja...disebabkan ukhrawi tu.
Itulah nikmat paling agung sekali...bila Allah campakkan rasa "iman" tu semula dalam hati.
Dan macam mana dapat bina "iman" tu balik?
Bila ada orang ajak kita, meh lai lai kita duduk sat.
Tadabbur, bincang-bincang perkara yang ingatkan kita semula dekat Allah.
Dengan matlamat hidup kita.
Dengan matlamat dakwah kita.
Satu ayat yang sempat tadabbur dalam usrah tadi yang tak tahu kenapa buat diri ini rasa terharu...
Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi besertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.(Ar-Ra'd: 18)
kurma paling sedap dalam dunia...alhamdulillah :)
P/s: Tolong doakan diri ini terus istiqamah & tsabat di jalan ini ya:)
No comments:
Post a Comment