Saturday, May 10, 2014

Hakikatnya..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ah, sungguh terasa sudah lama tak menulis dari hati. InshaAllah, kali ini akan cuba istiqomah menulis dari hati sehinggalah ke akhir post.

Bukan apa, tapi sangat terasa nak berkongsi tentang pengalaman-pengalaman di tempat kerja yang mana kebanyakan daripada adik-adik yang bakal pulang ke Malaysia akan bekerja nanti. Ehe, lambatnya kan post ? :p

Anywho, pertama-tamanya alhamdulillah Allah tempatkan diri ini di tempat yang sebaiknya alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui :) Dan sungguh, tempat kerja  ni bukanlah dikelilingi oleh ikhwah akhwat (walaupun saya tahu, kebanyakannya kalau boleh nak kerja dalam persekitaran begitu, kan?)

Tapi serius, dalam mendepani rakan sekerja kita yang bukan ikhwah akhwat, kita akan sangaaaat banyak belajar tentang masyarakat kita. Dan semestinya, kita akan belajar cemana nak apply segala teori yang diwar-warlan dalam usrah, daurah dan segala macamnya lagi. He he

First thing, kita akan bergaul dengan segala macam ragam manusia kat tempat kerja ni. Jangan terkejut kalau jumpa rakan sekerja yang tak solat (ya, walaupun muslim), yang merokok (lepas buat kerja sikit kena merokok, bangun tido pun, terus cari rokok..erk) ataupun yang stail suka bercakap di belakang, cakap berbelit, suka mencarut, suka mengadu >.< dll. Ni tak kira politik di tempat kerja lagi...

Di sinilah pentingnya anda yang mengaku telah mengikut tarbiyah untuk menunjukkan akhlak yang baik terhadap rakan sekerja anda. 

Cuba sebaik mungkin untuk tak tunjuk muka disgusted, mahupun bersikap tidak sabar terhadap mereka. Sentiasa cuba keep them in good company (dalam diam cuba muayashah). In shaa Allah, Allah akan mudahkan in shaa Allah. 

Seterusnya, ingatlah yang setiap manusia ni memang fitrah dia sukakan kebaikan :) Contohnya di tempat kerja saya,

A selalu merokok, mencarut dan selalu tinggal solat tapiii dia sangat menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Katanya malu *-*

Woah, saya pun terasa terkejut O__O! But, hey that's what makes human beautiful :') Allahu kalau saja dia berkawan dengan kawan-kawan yang baik & juga dibimbing ke arah kebaikan, dia boleh jadi lagi baik daripada kita, kan?

Secondly, terus terang cakap...kita akan mudah terlarut dalam persekitaran kita. Provided, kalau kita tak kuat TDZ atau hilang radar. Atau jadi lemau walaupun masih dalam radar. Ala-ala faint signals gituuu~ Sangatlah senang nak futur, iman taktentu hala. Mutaba'ah amal ke mana...huhu.

Sebabnya kita akan spend masa kita paling kurang sehari 8jam di tempat kerja. Kalau kerja swasta macam saya, seminggu boleh jadi 56jam etlis spend masa di office saja. Oho, dan kita banyak bergaul dengan orang sekeliling kita sepanjang waktu tu, jadinya sangatlah affect diri kita wiwuwu. Allah sebaik-baik penolong, jadi sangat kena jaga hubungan dengan Allah tu. Penting ok!

Thirdly, (even though i tried really hard to deny this) anda akan terasa betapa anda sangat menjadi robot jika anda terlalu immersed dengan dunia bekerja. Setiap hari, mesti akan jadi rutin yang sama. 

Jadi kena cuba, cuba dan cuba sesungguh hati supaya tak jadi ROBOT ! Usrah seriyes jangan tinggal, ada masa nak sibukkan diri dengan hal keluarga atau program atau daurah, silakan sila. Balancekan hal ukhrawi dan duniawi inshaAllah. 

Lastly, anda kena ingat yang ini adalah medan amal sebenar. Di sinilah anda kena mengeluarkan segala skill manusiawi & pengalaman-pengalaman yang anda ada. Sebab apa?

Anda tak boleh bercakap terus tentang tafsir dengan dia. Anda takkan boleh nasihat dia straight tentang hukum itu ini dan terus quote ayat qur'an =_=" 

Kalau yang dapat kena supervise pekerja-pekerja lelaki yang banyak macam saya, anda takboleh nak direct approach kalau anda malumalu (macam saya :p) atau awkward awkward (macam saya jugak :p)

Saya masih ingat, Ust Atep pernah berpesan waktu daurah BFG, 

"nanti kat padang mahsyar, firstly Allah akan tanya awak tentang amal awak dengan orang-orang yang bergaul dengan awak seharian. lepastu barula dia tanya tentang amal awak dalam usrah, daurah etc"

Ala-ala begitulah katanya. Hah, terkejut tak? 

InshaAllah sangat memerlukan para da'ie wa dai'eyah untuk sama-sama menongkah arus perubahan dalam masyarakat kita (Islam, terutamanya) bilhikmah inshaAllah. 

Allahul musta'an !

Kepada para BFGs, selamat pulang ke Malaysia ! Kami tak sabar menunggu antum untuk sedia berkhidmat (:





No comments: