Bismillahirrahmaanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Kita mulakan dengan mengembalikan segala pujian dan kesyukuran ke Ilahi atas segala nikmat yang senantiasa dikurniakanNya samada kita sedar mahupun tak.
Alhamdulillah terasa sangat dilimpahi dalam kasih sayang Allah bilamana Dia masih lagi memberi peluang kepada aku untuk terus melakukan amal kepadanya, dengan anggota yang sempurna dalam suasana yang aman.
Untuk kesekian kalinya, aku telah diberi kesempatan berjumpa mereka yang telah lama berada di jalan ini.
Barangkali aneh terasa bila aku katakan tiada yang lebih aneh daripada merasa seperti jiwa mereka dan aku dalam satu "wavelength" yang sama.
Aku ini, enaknya lebih suka memerhati dan mendengar. Bilamana aku melihat gelagat dan perilaku mereka, bilamana aku mendengar kata-kata hikmah mereka, aku juga tertanya-tanya samada mampukah aku berada dalam keadaan yang sama bila di usia mereka ini. Sungguh, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Alhamdulillah, dalam banyak perihal masih ada insan yang menginginkan dan tercari-cari cinta Allah. Sungguh, Allah itu Maha Pengasih. Seperti salah satu namaNya yang aku sangat suka, Al-Wadud :)
Selama mana aku melihat manusia-manusia ini, yang berpesan-pesan ke arah kebenaran dan menjauhi kejahatan, terus aku menanam azam dalam diri.
Biarpun aku ini masih cetek ilmunya, masih setahun jagung memahami liku-liku jalan ini, aku sungguh berharap aku mampu menyumbang melalui jalan-jalan yang dibukakanNya menggunakan apa yang aku ada.
Iya, aku sudah tahu, aku suka menulis. Cumanya, aku ini bukan seorang penulis yang baik untuk ummah. Maksudku, aku hanya menulis apa yang aku suka. Yang betul-betul berbekas dalam jiwa dan fikiranku. Aku memang masih kurang pengalaman menulis penulisan yang penuh ruh seperti mereka yang lain.
Dan aku juga tahu, aku boleh berbual tentang perkara yang aku percaya boleh mengubah dunia ini. Walaupun hanya perkara itu mungkin tampak kecil atau remeh, tidak se-gah tajuk2 daurah (kerana limitasi aku sendiri ya), tapi tajuk2 seperti kesedaran moraliti sebagai manusia yang dimaknai dalam bentuk seorang khalifah yang berjiwa hamba.
Terlalu banyak perkara dalam dunia ini yang memerlukan setiap daripada kita untuk memulakan langkah. Dalam mengubah serta membuka pemikiran dan persepsi manusia dalam menuju Ilahi.
Di zaman ini, di mana manusia dahagakan dan mencari petunjuk kebenaran, aku tersangat merasakan urgensi setiap yang merasakan hakikat kebenaran supaya tidak duduk diam sahaja...Supaya kita mendalami setiap permasalahan mereka dan dapat meyakinka mereka bahawa sungguh, Islam ini utamanya adalah rahmatan lil 'alamin. Melalui khidmah, negarawan dan tarbiah.
Aku percaya, setiap langkah itu bakal bermula apabila kita yakin, yakin bahawa setiap amalan kita ada nilainya. Ada perhitungannya. Samada amalan baik, amalan buruk mahupun amalan yang sia-sia.
"Fa man ya'mal misqaala zarratin khairan yarah. Waman ya'mal misqaala zarratin syarran yarah."
Not a single deed will get ever wasted.
Semoga Allah menjadikan kita antara golongan "Wa qaalu rabbuna Allah tsumma istaqaamu"(orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah).
No comments:
Post a Comment