إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
(HR. Muslim no. 1631)
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara yaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh.”
3 amal yang kekal kebaikannya.
Nak atau taknak berusaha ke arahnya,
Jawapannya dalam hati masing-masing.
Tanamlah impian mulai sekarang (kalau masih belum memasang niat) untuk mencari pahala yang mengalir pahalanya walaupun kita dah tiada nanti.
Mungkin kita mahu wakafkan kain telekung, Quran, sejadah atau apa sahaja yang memberi manfaat berpanjangan.
Ataupun menyampaikan ilmu kepada sesiapa yang boleh digunakan atau dimanfaatkan untuk kebaikan.
Menjadi murobbi/ah yang tekun mendidik dan mentarbiyah. Bayangkan betapa mengalirnya kebaikan itu...
Semoga, semoga, semoga...pahala itu mengalir walaupun selepas kita meninggal.
Adapun juga, tersangatlah penting mempunyai anak yang soleh/ah yang pasti mendoakan kita :']
Ya Allah, semoga masih ada sekelumit peringatan ini setiap hari dalam diri kita semua.
Hiduplah untuk akhirat yang kekal.
1 comment:
Peringatan yang sangat berguna.. ^_^
Post a Comment