Bismillahirrahmaanirrahiim...
In the name of Allah, the Merciful, the Most Beneficient...
Setelah selesai Ramadhan, bagaimanakah perubahan pada diri?
Itu ayat monolog selepas beberapa hari dalam Syawal.
Lantasku berfikir secara random. Dalam hidup ini, sudah pasti akan ada pertanyaan-pertanyaan seperti, "Dah dapat 10A, nak sambung belajar apa?", atau "Dah grad, sekarang ni buat apa?" atau "Dah bilenyee kome nak kawen?" ataupun, "Eh anak hang dah beghapa oghang?" dan seterusnya...
Dalam pada itu, tuntas diriku berfikir selain soalan-soalan ini, apa pula soalan perkembangan diri sendiri (baca personal growth)? Apakah hidup ini hanya diukur dengan gred, kerjaya, anak et cetera?
Oleh itu, moleklah sangat kiranya kita, sebagai seorang yang berdiri sendiri dengan kehadiran Allah, menilai kembali dan membuat personal goals dalam hidup.
Dari segi spiritual, gimana ya?
Dari segi intelek, gimana ya?
Dari segi penjagaan fizikal, gimana ya?
Dari segi kematangan emosi, gimana ya?
Paling-paling tidak, dalam tarbiyah, tidak asing lagi dengan terma 10 muwasofat tarbiyah.
Pun begitu, semestinya pada diri sendiri, harus ada inisiatif untuk perincikan lagi apa yang mahu dicapai.
Contoh; mahu sihat dari segi fizikal. lihat saja setiap hari, ada set goal berapa kali floss gigi. Selain berus gigi lah.
Lagi contoh; mahu lagi dekat dengan Tuhan. lihat berapa kali dan sejauh mana pengetahuan tentangNya. berapa kali dalam sehari sudah tatap dan baca al quran?
Semestinya pada umur sebegini, sebegini, ada peningkatan pada amal juga pada diri secara keseluruhannya yang kita hendak jadi lebih baik. Juga perubahan meninggalkan apa yang tidak baik untuk diri sendiri.
Salah satu cara menjadi adil adalah bermula dengan berlaku adil pada hak diri sendiri.
Ayuh, mari mulakan perubahan!
In the spirit of madrasah Ramadhan, let us be better khalifa, better duat, better daughters/son, better friends, and better muslims and human...In sha Allah
No comments:
Post a Comment