Bismillahirrahmaanirrahiim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasihani...
Alhamdulillah, terasa begitu bersyukur sekali diberi nikmat dapat menghadiri salah satu seminar berkisarkan pemikiran-pemikiran berdasarkan buku Tsaqafah Ad-Daieyah tulisan Sh Yusuf al-Qardhawi...
Berlatarkan hiruk-pikuk di bandaraya Kuala Lumpur, dan juga jerebu, 6 jenis ilmu kupasan Sh Yusuf al-Qardhawi di dalam bukunya diterjemahkan semula melalui speakers yang berbeza latar belakang akademiknya.
Melalui penyampaian para speakers, ternyata diri ini berasa begitu terkesima sekali kerana tidak disangka bahwa tahap pemikiran ilmuwan di Malaysia begitu progresif dan (jika tidak keterlaluan) setaraf dengan pemikir di luar negara...seperti yang pernah diketemui dan didengar pemikiran mereka samada di Youtube, mahupun konvensyen di sana yang sempat dihadiri.
Pertama kalinya, terasa begitu malu dengan diri sendiri kerana selalu "underestimate" ilmuwan Malaysia. Masih lagi memikir bahawa ilmuwan muslim Malaysia itu jumud dan tidak terbuka dengan ideologi-ideologi lain, tetapi nah! di seminar ini, baru diri ini terasa begitu kerdil sekali.
Adapun speakers dari universiti awam, mahupun dari pusat konsultan, semuanya begitu terbuka menerima pandangan-pandangan luar (contohnya, Barat) dan pada masa yang sama, mereka ini menawarkan pandangan-pandangan yang dikonstruk semula menepati dengan kerangka islam.
Betapa setiap daripada mereka, begitu bersungguh menyampaikan harapan setiap satu. Sehingga diri ini yang masih mudah uhuk! berasa begitu malu jika tidak bersungguh menekuni ilmu dengan jalan yang sebetulnya, dan menyumbang kembali kepada masyarakat Malaysia sekurang-kurangnya.
Antara point yang begitu menarik sekali diutarakan oleh Tn Fazrul Ismail dan Dr Mohd Rofa dalam pembentangan mereka adalah berkenaan kebenaran. Di sini, mereka mengungkapkan bahawa sifat manusia empirikal itu fitrahnya memang mahu mencari kebenaran. Kebenaran di sini terbahagi kepada dua yakni:
1. Knowledge (Perceived truth within human sense)
2. Truth (Truth only known by God)
Dan gabungan antara kedua-dua elemen ini, apabila dikuasai, akan dikurniakan hikmah dari yang Maha Agung. Ternyata di sini, ada elemen kuasa ketuhanan yang perlu diakui oleh manusia untuk menjadi seorang yang berhikmah di samping menjadi orang yang benar di sisiNya.
Subhanaka laa 'ilma lana illa ma 'allamtana innaka antal 'aliimu alhakiim..."Maha suci Engkau, tidak ada yang Kami ketahui selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..". Begitulah kalimat yang diungkapkan oleh para malaikat di dalam surah Al-Baqarah, ayat 32.
No comments:
Post a Comment