Tuesday, February 26, 2013

Agen

At-tarbiyyah al-islamiyah hiya al-mutaghayyirah.

Prektis prektis untuk midterm Arab esok..ehem :p

(Ism fa3il & maf3ul biih)

"Tarbiyah Islamiyah adalah pengubah"

Satu jenis pendidikan yang saya kira tak difahami sebetulnya sewaktu belajar di sekolah tentang subjek Pendidikan Islam. (Bukan tujuan menyalahkan sesiapa, hanya menukilkan apa yang dialami dalam realiti hidup)

Itu satu statement yang saya kira valid. Sangat valid bagi diri saya yang baru saja beberapa tahun dahulu dikenalkan dengan tarbiyah islamiyah.

Setelah digegarkan dengan begitu banyak perkara sepanjang proses pentarbiyahan dalam jalan dakwah & tarbiyyah ini, bolehlah kita semua reflek balik bagaimana proses ini telah menjadi agen pengubah dalam hidup kita.

Hakikatnya saat kita merelakan diri kita ditarbiyyah, kita merelakan diri kita untuk berlari kencang dari kegelapan kepada cahaya. Dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya islam.

Manakan tidak. Islam itu mengajar kita mentauhidkanNya yang satu, meninggalkan segala syirik, tahghut, berhala fizikal atau tak nampak di dalam hati. Meninggalkan perbuatan, perasaan jahiliyyah yang masih bersarang di dalam diri.

Satu perkara yang membuatkan saya terus kagum adalah apabila semua yang turut sama di dalam barisan ini, merelakan diri mereka untuk terus diubah dengan tarbiyyah islamiyyah ini demi kebaikan ummah.

Entah kenapa. Saya sangat mengagumi seorang ini yang cakap bahawa walaupun dia ini bukanlah seorang yang pandai bercakap, tapi demi DnT(ultimately demi Islam), dia tak kisah untuk mengubah diri dia untuk menjadi pandai bercakap. (Terharu sangat saat dengar pengakuan ni :'( )

Kadang-kadang serius, rasa sangat awkward dengan manusia disebabkan kekurangan diri yang sangat super social awkward. Tetapi selepas dengar kata-kata itu, terus saya menjadi semangat ! Eventhough I always struggle to find the right words, but hey I'm trying ! :)

Tarbiyyah itu memang akan mengubah seseorang.

Daripada seorang yang pentingkan diri, kepada mementingkan orang lain.

Daripada selalu nak marah, jadi kool habis B)

Daripada selalu muka selalu serius, jadi muka manis.

Daripada cakap kasar, jadi cakap lembut ahah :P

Daripada yang tak kisah dengan jahiliyah sekeliling, jadi super sensitif.

Daripada pesimis, jadi optimis *shine shine*

Daripada super social awkward, jadi erm kurang awkward ?

Daripada lembik, jadi gagah perkasa ho ho ho

Itulah kesan agen pengubah. Mengubah sesuatu menjadi samada baik atau buruk.

Dan saya kira kembali, tarbiyah islamiyah ini mengubah kita menjadi lebih baik.

Inilah Islam. Satu manhaj/sistem yang mengangkat manusia kepada sesuatu yang lebih tinggi, lebih mulia...

Satu manhaj/sistem yang meraikan fitrah manusia yang sememangnya sukakan kebaikan...

Satu cara hidup yang harus kita ceritakan keindahannya kepada Muslims and non-Muslims alike =)

*Nahnu du'at qabla kulli shai'in*

p/s: Bacalah Sirah Nabawiyah, cerita-cerita Sahabah & Sahabiyah, cerita para pemikir, pejuang Islam di kala zaman awal kurun ke-20 di seluruh dunia serta pemikir-pemikir dunia Islam sekarang untuk faham lebih lanjut inshaAllah

Allahua'lam

4 comments:

hnshzk said...

ehem2 uhibbuki fillah!

nadiah said...

>>Hanisah Zaki

Ahabbakallazi ahbabtani lahu :) <3

cenderawasih said...

uhibbuki fillah

nadiah said...

>>Cenderawasih

Ukhti comel, ahabbakallazi ahbabtani lahu ! <3 <3