Terpana.
Kaku.
Lalu, aku sedar.
Berita kematian ikhwah (akh Iman Syafiq & akh Jusri Jusoh) dan Ummu Nidhal baru-baru ini sangat membuatku tersentak.
Gilalah jika aku katakan berita kematian mereka tidak punya apa-apa impak especially dalam muhasabah hidup dan kerja Dakwah dan Tarbiyah yang berpandukan Allah ini.
Walaupun tidak lah mengenali mereka secara personal, namun cukuplah 'amal mereka yang menjadi saksi serta bukti....Bukti bahawa mereka sudah melaksanakan "kerja" mereka di dunia ini.
Aduh, sungguh sayu rasanya hilang ikhwah wa akhawat seperjuangan :'/ Entah kenapa, masih terasa sangat dengan kehilangan ini...
Mereka itu matinya dalam husnul khotimah...aku pula bagaimana ?
Rasulullah SAW pun bersabda; "Siapa yang telah kalian puji dengan kebaikan, maka telah wajib baginya syurga. Dan siapa yang kalian cela dengan keburukkan, maka telah wajib pula baginya neraka. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi. Antum syuhada' Allah (para saksi Allah) di muka bumi." [Sahih Muslim : 2197]
Sambungan Impian
HAB pernah disoal mengapa dia tidak mahu membuat kudeta, atau bertanding dalam pilihan raya untuk membina daulah, sedangkan dia mampu. Jawapannya mudah; jika daulah Islam tertegak sekarang, siapa dia pembikin filem yang faham Islam? Siapa Muslim yang faham Islam yang akan menggantikan tempat peguam, doktor, juruhebah, ustaz, animator, penerbit buku, pembaca berita, penulis, dan sebagainya? Selagi masyarakat tidak memahami Islam, daulah tidak akan tertegak. Mana mungkin rumah berdiri tanpa foundation. Mana mungkin bumbung berdiri tanpa tiang. Daulah yang dibina secara top-down hanya mampu bertahan sehari dua sahaja.
Kata Syeikh Jum’ah Amin ketika beliau melawat Malaysia tahun lalu, daulah itu anugerah Allah, sedangkan tugas kita ialah terus berkerja menanam kesedaran Islam dalam kalangan masyarakat. Daulah itu tidak terbangun dalam kalangan masyarakat yang tidak rabbani.
Kita tak tahu bila Allah akan kurniakan kemenangan itu kepada kita. Jalan dakwah dan tarbiyah ini memang panjang dan penuh tribulasi. Tiada siapa yang declare bahawa jalan ini laju, tetapi inilah jalan paling laju menuju apa yang dijanjikan. (dari sini)
Maka siapakah yang akan menyeru semua manusia menjadi masyarakat yang rabbani, kalau bukan para du'at yang sudah memahami akan keperluan ini ?!
Seruan untuk semua, termasuklah diri ini yang sering kali lalai, teruskanlah perjuangan untuk menyeru manusia ke arahNya hingga saat kita mampu menegakkan kalimat al-Haq ini di seluruh pelusuk alam ini .
All out habis-habisan untuk ber'amal kerana akhirnya Allah lah yang akan menilai siapakah antara kita yang betul-betul bekerja di dunia ini.
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. (Al-Mulk :2)
Wallahua'lam.
1 comment:
Salam kakak. Kenapa saya tak boleh share ini post?
Macam mana saya share ini post?
Post a Comment