Pertama-tamanya nak disklaimer yang post ni bukan berkenaan buku "Contengan Jalanan" tulisan Hlovate.
InshaAllah kali ni ambil mood selepas bedah sedikit bahan dalam buku yang baru dibeli. Nama buku? Ah biarlah rahsia.
TabaarakaLlah (segala puji-pujian dan nikmat dikembalikan kepada Allah) I've been going through such a monumental phase.
I want to sincerely admit that for the first time ever, I felt "alive" again.
Alhamdulillah setelah bertukar usrah dan naqibah juga baru-baru ini, aku menemui semula sinar sinar yang dahulunya seakan malap.
Bagi aku, usrah yang konsisten sangat memberi peranan yang penting untuk keep up dengan pentarbiyahan anak-anak usrah. Dan dalam menyirami iman yang senang saja turun dan naik, memang sangat perlu kepada orang-orang yang akan memberi peringatan-peringatan yang baik kepada kita secara fizikalnya.
Walaupun juga mungkin ada aktiviti-aktiviti lain seperti daurah, rehlah, jaulah, qiyamullail secara berjama'ah dan yang seangkatan dengannya, bagi aku usrah itu tetap relevan untuk diadakan dengan konsisten. In shaa Allah.
Kerana sepanjang usrah, di waktu itulah seorang murabbi dapat berinteraksi secara personal dengan anak-anak usrahnya. Dan sewaktu itu juga lah, anak usrah dapat menyelami dan merasai nikmat bertilawah bersama, mentadabbur ayat-ayat Al Quran (my fav!) dan juga sharing & berdiskusi persoalan-persoalan yang berlegar di fikiran bersama-sama ahli usrah yang lain.
Ah itulah salah satu nikmatnya!
Alhamdulillah usrah yang baru ini terdirinya daripada golongan belia seperti diriku ini tetapi kebanyakan mereka sudahpun berkahwin, malah sudah punya anak. Tapi, tentunya tiada masalah kerana dalam usrah ini, semuanya nak sama-sama belajar :)
Alhamdulillah wa subhanallah, tersangat bersyukur kepada Allah kerana baru-baru ini ada seorang kenalan dari US turut serta dalam usrahku.
Langsung aku mengkagumi dia sesampainya dia di usrah kerana dia membawa anaknya yang baruan lahir! Baru 4 bulan sihh~
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Tapi sekarang aku masih cuba mengerti posisi aku sebagai seorang yang mengikuti dakwah dan tarbiyah untuk hidup bersama masyarakat. Hidup bersama mereka di tempat kerja, ahli keluarga dan sanak saudara di rumah dan di kampung dan begitulah...
Bagaimana mendekati orang-orang sekeliling yang struggle dengan permasalahan mereka seperti kemiskinan, disabilities dari segi kesihatan dll, masalah depresi, dan sebagainya.
Bagi aku, terkadang kita manusia begitu senang sekali memberi "label" kepada sekian golongan manusia. Dia ini begitu begini dsb. Walhal kita belum cuba mendekatinya...memahami perihalnya.
Belum pun cuba bercakap dalam "bahasanya". Gi mana deh mahu menyentuh hati mereka jikalau kita bercakap dalam jargon bahasa Arab sahaja? Atau ber'ana' 'enta' semata?
Dan juga mungkin sebab itulah ada yang susah mahu menerima ajakan kita ataupun takut untuk approach kita.
Terkadang aku juga masih pikirin gimana jua dakwah dan tarbiyah di bumi US sana. Langsung tidak dengar khabarnya lagi...Terus terang, aku masih rindu dengan tanah Uncle Sam itu. Tambahan di bumi Columbus. Bagaimana ya sahabat sahabat seperjuangan di sana? Ah semuanya kenangan.
Terkadang aku juga terpikir apakah bermaksud kalau kita tidak punya status (atau dalam bahasa DnT:mustawa) bermaksud kita masih belum bersedia melakukan amal-amal seperti yang begitu begini?
Kerana sudah tentu, ada sahaja yang masih berfikiran sepertinya, cumanya mungkin sahaja ya, hal ini belum disuarakan, lalu menyebabkan para du'at masih punya banyak masa untuk dibazirkan membuat itu dan ini.
Terkadang ya, aku juga mengaku, tidak punya "binaan" atau medan itu boleh menjadi penyebab dalam melumpuhkan dan memfuturkan seorang dai'e. Lihat saja diri sendiri ini.
Adeh, masih punya banyak waktu meng"update" blog, twitter, facebook dan sebagainya. Err terkadang bisa gila.
Kerana apa? Kerana dah tahu yang "Al-waajibat akthar minal awqat" (Kerja kerja lebih banyak daripada masa yang ada).
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Begitulah persis seorang insan yang sentiasa ligat otaknya. Tentu saja ada hal yang difikirkan.
Jika pemikirannya tidak disibukkan dengan perancangan-perancangan memacu ummah, sudah pasti pemikirannya akan disibukkan dengan hal-hal yang lain.
Wallahua'lam. Segala coretan adalah untuk tujuan muhasabah diri terutamanya.
No comments:
Post a Comment