Thursday, August 1, 2013

Ghayah

Ghayah = Matlamat

Allahu Ghayatuna. 

First time dengar perkataan ni, bila dengar nasyid Saff One : Allahu Ghayatuna (Allah Matlamat Kami). 

Lawak pula rasanya, sebab still boleh rasa "meremang bulu roma" first time dengar nasyid ni waktu kuliah..he he. 

Hmm...

Terkadang senang saja nak rasa down, kan?

Samada sebab diri sendiri, atau disebabkan faktor selainnya. 

Tapi bila aku dengar semula nasyid ni tadi, aku rasa nak menangis. 

Sebabnya hampir saja nak frust & berhenti sekejap...sebab rasa down, inferior, rasa socially awkward datang menyerang, miscomm, pening kepala ragam manusia macam-macam dsb.

Tapi astaghfirullah sekejap saja Allah ingatkan balik,

Takkan sebab faktor duniawi ni, kau nak menghilang, tinggalkan segala kerja kau ni?

Takkan sebab faktor duniawi ni, kau nak berhenti & tengok saja orang lain buat kerja?

Takkan kau sampai hati nak buat macam tu, padahal ummat kita sangat tenat sebenarnya? Cuba kau tengok Palestin, Mesir, Syria dan tak perlu tengok jauh, tengok lokaliti sendiri pun cukup. 

Walhal kau cakap kau buat kerja ni demi Dia? Demi nak tegakkan semula syari'atNya & Islam di muka bumi ni? 

Cakap nak Islam jadi Ustaziatul 'Alam, kan?

TT_TT

Apa guna kau pergi daurah, usrah segala bagai kalau kau nak letak tepi saja semua tu (Nadiah) sebab cubaan dunia sikiiiit saja?

Mana output dia ke ummah kalau camtu?

"Ouch"

Feels like a sore loser when I felt this way because of worldly factors...

Bila aku rasa begini, aku teringat lagi satu sharing Sheikh Hamid minggu lepas bila dia nak jawab soalan Ust Atep,

Jangan kau tinggalkan manhaj ini kerana manusia. 

Ingat satu saja, "Walirabbika fasbir" (Dan kerana TuhanMu, bersabarlah). 

Indahnya, kan? Kita bersabar dan terus berjuang untuk Islam, bukan demi apa, tetapi demi Allah itu sendiri. 

-Patience, the key to Happiness-

Dan tadi bila gi bertarawikh kat masjid dekat rumah, banyaknya kali Allah tegur diri melalui bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an. 

MashaAllah tabarakaLlah sungguh Allah Maha Mengetahui segala isi hati. 

:'(

Allah, Kau matlamat kami.

Kami dambakan syurgaMu yang tertinggi ya Allah.

Matikanlah kami sebagai para syuhada' yang berjuang di atas jalan ini keranaMu, khaalis. 

P/s: Some people may say I'm stubborn, and that's entirely correct because I'm partly am. I'm sure as heaven I want to be on this road for God knows how long, no matter if I seem slow..or even if I'm still searching for the right way to do so. Or or even if you're way ahead of me, I won't give up ever, insyaAllah~!


No comments: