Dah 3 hari kita ditembak bertalu-talu dengan berita dari Mesir.
Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa sedih sangat.
Terutamanya bila ada yang persoalkan kenapa perlu ambil tahu sangat tentang situasi di sana (mahupun di Palestin, Syria, Burma dan negara-negara Islam yang lain).
Aku juga jadi bingung bila masih ada yang jadikan isu Mesir untuk persoalkan kenapa perlu sokong mereka yang menyokong Ikhwanul Muslimin.
Walhal sekarang ni dah terang lagi bersuluh bahawa gerakan yang menentang bukan saja dari golongan pro-Morsi tapi juga dari kalangan yang ingin pertahankan demokrasi.
Matalmat akhir mereka itu sama walaupun mungkin matlamat setiap individu yang menentang polis dan tentera berbeza.
Aku juga paling kesal bilamana masih ada juga dari kalangan orang Malaysia sendiri yang tidak mahu ambil tahu pun tentang ini. Ataupun ambil tahu tapi sebarkan maklumat yang salah (seperti di media dan akhbar mainstream).
Allahu Allah...
Aku jadi malu dengan diri sendiri. Nah, inikan bukti bahawa kita semua masih lagi perlu bekerja keras? Kita semua masih perlu mentarbiyah diri dan orang-orang sekeliling kita, kan?
Apakah masih ada ruang untuk kita "berehat"?
Sudah tentu TIDAK!
Kita tidak mahu sekadar menjadi pendekar atau pejuang di papan kekunci (baca: keyboard), tapi kita harus buktikannya dengan amal kita di medan amal kita.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Fatma (seorang rakyat Mesir yang aku kenali), menulis di statusnya beberapa jam yang lalu bahawa dia tidak dapat menyertai demonstrasi bersama rakan-rakannya di Assiut dan dia hanya dapat menyokong mereka dari rumahnya.
Tapi kau tahu apa yang buat aku cukup rasa nak menangis?
Bila dia menulis seperti ini,
"Dan jihad kita yang berada di rumah sekarang ini, adalah jihad ke atas diri kita, juga jihad ke atas kelemahan iman kita, solat kita, doa kita untuk mereka yang menentang tentera dan juga polis..."
Tengok? Adakah bila dia duduk di rumah, bermaksud dia hanya patut berdiam diri sahaja?!
Tidak bukan?
Dan aku lihat Fatma (dan juga kebanyakan orang Mesir) punya keimanan yang tinggi bahawa mereka akan menemukan keadilan dan kemenangan suatu hari nanti, dengan pertolongan Allah.
Ya Allah, betapa teguhnya keimanan mereka kepadaMu TT__TT
Beberapa persoalan untuk kita semua...
Apakah kita hanya mahu melalui rentetan kisah di Mesir ini dengan rasa sedih, kesal dan geram lalu menentang dan membantah tindakan para polis & tentera?
Apakah kita masih belum merasakan satu "urgency" untuk meneruskan usaha pentarbiyahan manusia-manusia di sekeliling kita?
Apakah kita masih belum merasakan pentingnya kita bersama-sama mengharungi arus duniawi yang begitu banyak jahiliahnya dengan menegakkan yang Haq (yakni syari'at Allah) di muka bumi ini?
Atau apakah kita juga masih lalai dengan matlamat akhir kita?
Akhir kata, ku akhiri post ini dengan kata-kata ini;-
Maafkan kami saudaraku di Mesir,
Maafkan kami saudaraku di Syria,
Maafkan kami saudaraku di Palestin,
Perjuangan kamu hebat,
kami sedar pemuda kami ramai yang sanggup berkorban bermatian untuk bola sepak, pemuda kami hanya mampu jadi penyorak hiburan k-pop, drama2 bersiri korea dan yang melalaikan, pemuda kami hanya mampu berhabisan wang untuk karaoke, pemuda kami perjuangannya untuk mendapat wanita dengan mahar puluhan ribu ringgit.
Maafkan kami saudaraku yang berjuang, orang2 tua di negara kami kata jangan jaga tepi kain orang lain, kami diajar untuk melawan bila kami sendiri yang terkena tikaman musuh, kami diajar supaya berjaga setelah selimut kami sendiri yang terbakar, usah dihirau jika orang lain yang terkena musibah.
Maafkan kami saudaraku di Mesir,
Maafkan kami saudaraku di Syria,
Maafkan kami saudaraku di Palestin,
Maafkan kami saudara-saudaraku yang sedang berjuang menetang taghut.
T_T
- Akh X
No comments:
Post a Comment