Thursday, January 2, 2014

Letting Go

Pesan ukhti,

"Let go".

Lalu hatinya berbisik, "Inilah masanya". Lalu dia tinggalkan masa masanya yang terhenti di benua sana, dan memulakan semula hidup di masa semasa...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Alhamdulillah minggu lepas, aku bertemu lutut dengan lutut semula dengan mereka-mereka yang pulang dari tanah tumpah tarbiyah kami. 

Ironi, daripada jumlah yang banyak-banyak itu, Allah temukan kami dalam bulatan 7 orang sahaja. 

Rancangan Allah, bukan ?



Sepertinya pengisian-pengisian yang diberi lebih kepada curhat. Ahhh nikmat,
tahu ? 

Setiap dari kami, masing-masing dari tempat yang jauh. 

Perak, Kedah, Terengganu, Johor dsb. 

Ku kira mungkin di sebalik ini ada hikmah yang tersembunyi, dan ternyata Allah itu Perancang yang Terbaik. 

Ku temui butir-butir mutiara dan logam yang takpernah ku temui sepanjang mengenali mereka di sana. 

Ironi, bukankah ini semua membuatkan aku terpaut semula dengan memori sana? 

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, pertemuan kali ini aku bisa mengenali seorang ukht lebih dekat. 

Seorang anthropologist. 

Ya, aku suka dengan manusia yang jurusannya dalam bidang sains sosial. Kerna aku tahu cara pemikiran mereka begitu berbeza dari kebanyakan manusia yang ku kenali. 

Dia ini, sungguh mengajarkan diriku apa itu erti menggunakan wang sebaiknya. 

Dia ini seperti makhluk satu dalam seribu. Bisa lakukan perkara tanpa "give in" kepada pressure. Allah allah !

Syukur, Allah temukan aku dengan dirinya. Walaupun sekejap, alhamdulillah :))

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Pesan makcik Mee randomly, 

"Mati dalam ketaatan kepada Allah jauh lebih baik adalah daripada hidup menderhakai Allah swt". 

Sekarang ni, aku fikir yang utamanya, aku mahu mati dalam iman. 

Above everything else, yes that's what I really want. 

عيش عزيزاً وموت شهيداً 

No comments: