Saturday, April 27, 2013

Husnuzon =]

'Afwan sejak akhir-akhir ni, post berkisar tentang petikan buku saja. Tapi untuk kali ni, seriyes ni salah satu topik kegemaran saya, jadi saya nak cerita kat sini lah jugaaaaa.

Boleh ya? InshaAllah :)

Semoga yang membaca dapat 'ibrahnya.

~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


“Wah cantiknya kuda kau ni! Bulunya berkilat. Badannya gagah! Pasti pantas berlari di medan perang nanti,”

Pagi itu, kawasan kampung kecoh dengan kuda hitam baru yang baru dibeli oleh dua beranak (bapa dan anak) untuk dijadikan alat mereka di medan jihad.

“Aku tak pernah nampak kuda sehebat ni! Berapa harganya?” kata seorang pemuda sambil mengusap belakang kuda tersebut.

“Semua duit yang kami ada, telah kami habiskan untuk membeli kuda ni,” si bapa tersenyum.

“Apa? Korang dah gila! Habiskan semua duit untuk beli kuda ni. Ish, mengarut!” dan mereka beredar dari situ.

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Dan dua beranak tadi pun menjaga kuda tersebut dengan penuh kasih sayang. Diberi makan daripada rumput yang segar, dibasuh dengan air sungai yang jernih, disikat rapi dengan penuh kasih sayang. Bagai menatang minyak yang penuh!

Keesokan paginya, macam biasa, si bapa pergi ke kandang untuk memberi makan pada kuda hitam. Tapi, si bapa terkejut bila melihat kandang itu kosong. Hanya ada tanah dan bau hamis kuda. Kuda itu hilang!

Dan datanglah penduduk kampung berbondong-bondong mengucapkan takziah. Mereka kasihan melihat dua beranak ni.

“Sayangnya! Kuda yang paling hebat pernah aku lihat sudah hilang. Niat kamu sangat hebat, mahu berjihad di jalan Allah. Tapi kuda itu hanya datang sekejap untuk kamu rasa gembira tentang cita-citamu yang hampir tercapai. Tapi Allah dah musnahkan cita-cita kamu!”

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah” ucapan itu diulang si anak.

Dua beranak ini pasrah. Mereka melihat baki duit yang mereka ada dalam simpanan, cuba mengira, bila lagi mereka boleh membeli kuda yang baru.

“Takpa nak. Dengan atau tanpa kuda, kita tetap akan berjihad jika seruan jihad tu dah sampai,” kata si bapa dengan pandangan mata yang redup.

Tiga hari kemudian, tiba-tiba kandang kuda dua beranak ini bising. Riuh! Cepat-cepat dua beranak ini pergi ke kandang dan mereka dapat lihat, berdiri dengan megah, kuda mereka yang hilang dahulu. Tapi dia tidak keseorangan (ke keseekoran?), tapi ada lebih dari sepuluh ekor kuda ada bersamanya. Kuda liar!

Dan berduyun-duyunlah jiran tetangga datang mengerumuni kandang kuda tersebut.

“Wah, ajaib! Kuda tu pergi panggil kawan-kawannya di hutan sana! Dan sekarang anda jadi orang terkaya di kampung ini! Ajaib!”

Dan sekali lagi, jawapan yang terkeluar daripada mulu mereka, sama.

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Keesokannya, si anak mahu mencuba menaiki salah satu kuda liar tersebut. Sedang dia memacu kuda itu laju, meredah hutan belantara, tiba-tiba sang kuda berhenti mengejut apabila seekor lembu muncul dari tepi. Terpelanting si anak ke hadapan. Kakinya patah. Dia menangis kesakitan.

Macam biasa, jiran tetangga datang ziarah.

“Kami kasihan lihat anak kamu ni. Betullah kuda tu tak berkat. Tak ada faedah langsung! Kan bagus kalau takda kuda langsung. Takdalah nak jadi macam ni,” salah seorang pemuda kampung mendengus.

Si bapa hanya tersenyum.
“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Hari berikutnya, hulubalang istana datang ke kampung tersebut. Dia membawa arahan daripada istana kepada semua pemuda yang berbadan sihat wajib menjadi askar istana untuk mempertahankan negeri. Tapi, perang ini susah nak dikatakan sebagai jihad di jalan Allah. Sebab perang ini melibatkan muslim di kedua belah pihak. Hulubalang istana masuk ke rumah dua beranak ini.

“Kenapa dengan dia?”

“Tuan, betul saya cakap, anak saya betul mahu ikut berperang. Tapi, kakinya patah bila menunggang salah satu dari kuda hari tu,”

“Sayang sekali! Kalau tak, dia boleh jadi askar yang hebat. Maaf, dia tak dapat ikut serta,” dan hulubalang istana itu berlalu pergi.

“Untungnya kamu! Kami akan kehilangan anak-anak kami, harapan keluarga. Tak tahu nasib mereka, hidup atau mati. Tapi anak kamu  masih di sini kerana kakinya patah. Sungguh Allah sayangkan kamu!”

Dengan nada sedih, si ayah berkata,
“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Sebulan kemudian, kampung itu bising dengan suara tangis ibu-ibu yang kehilangan anak mereka semasa perang yang lepas. Yang lelaki pula hanya duduk termangu. Khabar yang tiba mengatakan, semua pemuda yang turut sama perang, tewas di medan tempur. Dan mungkin penduduk kampung sudah belajar daripada dua beranak tadi. Ramai-ramai mereka mengucapkan,

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Untuk dijadikan cerita, tak lama kemudian, panggilan jihad yang sebenar pun bergema. Pasukan Monggol yang dipimpin hulagu Khan datang menyerang bumi Islam. Mereka dengan rakusnya, membakar bumi Islam yang suci ini. Si ayah dan si anak ingin mengotakan janji mereka, untuk berjihad di jalan Allah. Dan ucapan mereka pun bergema,

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah!”

- Dipetik dan diolah dari buku, Dalam Dekapan Ukhuwah (Salim A Fillah)

Peace ! ^_^

No comments: