الفهم
:إنما أريد بالفهم
.أن توقن بأن فكرتنا "اسلامية صميمة" وأن تفهم الإسلام كما نفهمه في حدود هذه الأصول العشرين الموجزة كل الإيجاز
Yang kami maksudkan dengan al-fahmu adalah:
Anda yakin bahawa fikrah kami adalah fikrah islamiah yang solid dan tangguh, serta anda memahami Islam seperti apa yang kami fahami dalam kerangka dua puluh landasan (al-usul al-'isyruun).
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Bagi Ashabul Kahfi, sesudah iman, tambahan nikmat berupa Huda (petunjuk) itu pada hakikatnya juga ilmu.
Kecuali efek kesombongan yang sebenarnya bukan anak kandung ilmu, seluruh dampak ilmu adalah kebajikan. Bukanpun ketika seseorang terlanjur salah jalan, ilmu mengambil peranan menjadi pelurus.Ia selalu jujur asalkan si empunya juga mahu jujur.
"Lewat beberapa masa, aku menuntut ilmu dengan motivasi yang salah, tetapi sang ilmu tak pernah mahu dituntut kecuali kerana Allah, " kata Al-Imam Ghazali.
Tentu saja seseorang tak harus mengumpulkan ilmu sebagai koleksi tanpa komitmen amal, kerana hal seperti ini dapat dilakukan oleh hard disk, disket, pita perakam atau mata pensil (dush untuk diri sendiri!).
Ilmu selalu membuat si empunya semakin rendah hati, sensitif dan sungguh-sungguh.
- dipetik dan diolah dari buku penulisan Ust Rahmat Abdullah
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Finals MODE is ON !
Tetapi belum terlambat kan untuk sama-sama perbaharui (tajdid) niat ? ;)
Pesanan untuk diri sendiri:
Semua yang diboldkan dalam petikan atas.
No comments:
Post a Comment