كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ
"...Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbani disebabkan kalian terus mengajarkan Al Kitab, dan kalian sentiasa mempelajarinya."
(Ali Imran: 79)
Apa itu Rabbani ? Dalam Jami'ul Bayaan fii Ta'wilil Quran, Imam Ibn Jarir At-Thabari menggariskan 5 hal/perkara yang dimiliki oleh seorang Rabbani.
1. 'Alim dan Mutsaqqaf
Seorang Rabbani haruslah berilmu dan berwawasan. Ada semangat belajar yang kuat di dalam dirinya. Dia digerakkan oleh Rabb yang mentarbiyah manusia dengan mata pena.
Dia tergema oleh ayat pertama Iqra', agar dia tak sekadar membaca kalamNya di mushaf, tetapi memulakannya dengan menyebut asma Rabb yang menciptakannya. Agar dia tak hanya menulis, tetapi juga memberikan pencerahan.
2. Faqih
Seorang yang Rabbani cuba untuk melihat apa yang ada di sebalik sesuatu, mendengar apa yang tak terucap, dan menilai dari pelbagai sisi yang tak selalu lurus.
Seorang 'alim mungkin saja lahir dari ruang berisi buku-buku, tetapi seorang faqih muncul di tengah orang ramai yang mempunyai banyak persoalan. Maknanya seorang yang faqih ini faham dengan situasi keadaan atau waqi' sesuatu masalah itu.
3. Al Basyirah bis Siyasah
Seorang Rabbani itu memiliki kedalaman/ketajaman pandangan tentang politik Islam. Politik Islam adalah seni mengelola urusan masyarakat supaya manusia merasa indah beribadah dan mampu menjadikan setiap aktiviti mereka sebagai ibadah. Dia mampu mengelola sebuah kebijakan yang membuatkan orang kaya rasa terjamin dengan hartanya dan gembira menunaikan kewajibannya. Kebijakan itu membuatkan orang miskin berasa tenteram sekaligus bersemangat untuk bekerja.
4. Al Basyirah bit Tadbir
Seorang yang Rabbani juga memiliki kedalaman/ketajaman pandangan dalam hal pengurusan. Dia tahu bagaimana nak tempatkan sesuatu kekuatan/sumberdaya di tempat atau posisi yang sesuai dan tepat.
Sepertimana yang dikisahkan dalam sirah, Nabi saw melantik Amr ibn 'Ash yang baru memeluk Islam untuk jadi komandan dalam satu pasukan yang terdiri daripada para sahabat yang boleh kita kata "senior" termasuklah Abu Bakar, 'Umar :)
Ada suatu hari, waktu mereka tengah berkhemah, tiba-tiba 'Amr memerintahkan semua memadamkan api. 'Umar tersinggung kerana dia melihat pasukannya dalam kesejukan dan ada beberapa yang lain tengah memasak. Abu Bakar yang ada di sampingnya pun menegur, "Wahai 'Umar, dia pemimpin yang dilantik oleh Rasulullah. Taatlah pada Allah, RasulNya, dan pemimpinmu".
'Umar masih lagi rasa tak puas hati. Tapi beberapa waktu lepas tu dia sedar yang 'Amr itu benar. Sebab kedengaran bunyi tapak kaki kuda patrol musuh berlalu di kawasan mereka. Tapi kafilah patrol itu hanya melewati saja tempat mereka, tanpa berhenti di situ. Maka Abu Bakar pun senyum kepadanya :)
5. Al Qiyam bis Su'unir Ra'yah li Maslahatid Dunyaa wad-Diin
Kata kunci daripada perkara ke-5 ni bermakna bahawa seorang Rabbani itu memiliki peranan yang penting dalam menegakkan kepentingan masyarakat dalam kerangka dunia dan akhirat.
Ada nasihat-menasihati, ada santun-menyantuni, ada peningkatan kesejahteraan, dan ada kebijakan yang membuka peluang-peluang kebaikan.
- dipetik dan diolah oleh buku penulisan Salim A Fillah
Semoga bermanfaat inshaAllah :)
No comments:
Post a Comment