Saturday, December 15, 2012

Teguh !

Bangunkanlah kembali himmah dalam dirimu !


Jangan biarkan cuti ini melalaikan diri !

Come on come on !

Monday, December 10, 2012

Semalam

Assalamu'alaikum :)

Semalam.

Yaa, sepatutnya tajuk tu jadi dua malam yang lepas sebab harini dah jadi pagi. Tapi takpala, tajuk semalam sounds more appealing to me. Ok kerepek kejap.

Esok nak exam, tapi saya nak cerita off-topic bukan pasal exam.

Boleh kan? Boleh kan? (Hnnn mestilah boleh, ni blog sendiri). Ok setop.

'Ala kulli hal...

Friday, December 7, 2012

Finding My Way Back

I guess I'm back to square one.

Hence the reason why I need to work on my skills again.

Polishing it real hard this time.

Ciri tarbiah nabawiah dalam pembentukan individu ialah pandangan yang bersifat menyeluruh (kulli). Sunnah Rasulullah saw tidak mementingkan satu sudut sahaja dari sudut-sudut pembentukan atau tidak melihat satu sudut sahaja dari sudut-sudut keperibadian Islamiah, malah ia mengambil berat terhadap semua sudut sifat-sifat peribadi Islamiah.

Manhaj nabawi tidak hanya mengambil berat tentang peningkatan fikrah dan mental dengan mengabaikan sudut rohani, begitu juga ia tidak hanya mengambil berat sudut rohani dengan mengorbankan sudut anggota tubuh badanm ia tidak hanya mengambil berat sudut jasad dengan mengorbankan sudut rohani, tidak hanya mengambil berat sudut-sudut tertentu dengan mengorbankan sudut-sudut lain, tetapi penumpuannya merangkumi semua sudut dalam keadaan yang syumul dan seimbang.

Manhaj nabawi dalam persoalan pembentukan adalah merangkumi kesemua sudut persediaan, baik yang bersifat fikrah, kejiwaan, dan gerakan. Dengan itu syaksiyah Islamiah yang sempurna dan seimbang, mampu bertahan, mencabar, mampu meneruskan perjuangan dan mampu memberikan sesuatu dalam semua keadaan yang dilahirkan.

Becoming a murrobiah ain't an easy job.

But it gives you altogether more reasons to struggle (mujahadah) to get better. Ain't that right?

Point is, I really really want myself to be tawazun in my usrah. Not letting myself focusing too much on  fikrah, harakiyyah, or ruhiyyah (for that matters) to the extent of forgetting the importance of the other elements.

Like what Ust Hasanuddin once shared at Muktamar, in every usrah, there should be a combination of a lot of mihwar such as mihwar imani, suluki, da'awiy, tanzimi et cetera.

And yes, that's why I believe, to mould(for the lack of better word) mutarobbi to work for Islam, every da'ie should be aiming to have every single mihwar in their usrah.

Nak katanya, usrah tu kalaupun dah dalam fasa nak membentuk mutarobbi untuk kerja untuk organisasi, kena still tekan mihwar imani dalam usrah, not just tanzimi.  (okay kena explain ni dalam bahasa melayu sebab tak terer nak explain dalam english)

Because we don't anticipate to have people who calls others to Allah (da'a ilaAllah), while having big ideas (afkar) and know a lot of stuffs about haraki stuffs, but lack in ruhiyy (iman). After all, the basic foundation of da'wah ilaAllah is aqidah. So, set the aqidah straight first inshaAllah :)

Okay, so right now, I'm gonna have my usrah resolutions and visions back on track !

No more "back to square one".

If not, I'd be wasting time and resources. Valuable resources, I mean.

Polish, polish, polish !

Set my intentions straight..Lillahi ta'ala.

Moga Allah redha segalanya...Ameen.

Bismillahirrahmanirrahim...Let the journey begins.

Friday, November 30, 2012

Pemandu Jalanan

Ini entri kopipes. Harap maklum.

Manusia dari masa ke semasa akan mengalami perubahan dan pergantian. Bermula dari seorang bayi, kemudian berkembang menjadi seorang anak dan dari seorang anak berubah menjadi remaja. Dari remaja berubah menjadi dewasa dan akhirnya menjadi tua renta hingga ajal menjemput nyawa.

Ini bererti manusia adalah makhluk yang sentiasa mengalami perubahan. Perubahan sangat dekat dengan fitrahnya serta sangat dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti :
  1. Pengetahuan.
  2. Keyakinan.
  3. Pergaulan.
  4. Pengalaman.
dan sebagainya.      
                                                      
Sangat jarang kita menjumpai manusia yang tetap tanpa perubahan kerana perubahan pada diri manusia merupakan suatu kelaziman.

Pada asasnya, manusia memerlukan perubahan dan kehidupan akan terasa jemu tanpa adanya perubahan.

Seorang karyawan merasa jemu melakukan pekerjaan yang tidak berubah. Setiap orang mengalami kejemuan dengan sesuatu yang bersifat ‘monotonous’.

Begitu juga dengan hati kita, ia akan sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap.
  1. Kadang-kadang hati ini lembut, namun kadang-kadang, sebaliknya ianya mengeras.
  2. Kadang-kadang hati ini bercahaya dan kadang-kadang ianya gelap.
  3. Kadang-kadang hati begitu tawadhu’ manakala di masa lain ia berubah menjadi angkuh.
  4. Suatu ketika, hati ini boleh sabar, manakala di waktu yang lain ia cepat marah dan langsung menjadi tidak sabar.
  5. Suatu waktu, hati ini terasa tenang, namun di waktu yang lain ianya terasa kosong dan  bingung.
  6. Hati boleh taat kepada Allah dan boleh pula durhaka kepadaNya.
  7. Dalam beribadah, hati mampu mencapai darjat khusyu’ dan boleh pula dengan mudah menjadi lalai.
Firman Allah swt :

“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(QS Al-An’am: 110)

Iman yang ada di dalam hati pun boleh berubah-ubah.
  1. Pagi hari beriman, petang hari ingkar.
  2. Petang hari beriman, pagi hari kufur.
Begitulah sifat hati manusia. Perubahan hati sangat cepat dan kadang-kadang tidak mampu dikendalikan dengan baik.

Boleh jadi,
  1. Hati dihiasi oleh sifat-sifat yang luhur, namun dalam masa yang sama, ia boleh dililit dengan sifat-sifat yang tercela.
  2. Hati dapat merasakan ketenangan ketika bersama Allah namun, ia juga boleh merasa resah ketika menghadap Allah kerana ia merasa banyak dosa saat menghadapNya.
Hati dalam bahasa Arab disebut dengan qalb’ yang ertinya bolak-balik kerana memang sifatnya yang cepat berbolak-balik (berubah).

Hati bagaikan bulu ayam yang tergantung di atas pokok yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas. Demikianlah yang di sabdakan oleh Rasulullah saw :

 “Hati dinamakan ‘qalb’ kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati itu bagaikan bulu (ayam) yang tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas.” (HR Ahmad)  

Bahkan dalam hadits lain hati berubah sangat cepat melebihi perubahan air yang sedang mendidih.

Rasulullah saw pernah bersabda :

 “Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari periuk yang berisi air mendidih.” (HR Ahmad)

Perubahan hati terserlah pada tutur kata dan kewujudan perbuatan yang dilakukannya. Oleh yang demikian, kita tidak perlu hairan, jika kita menjumpai orang yang sering bersilat lidah atau orang yang tidak memberi sepenuh komitmen dengan janji yang ia ucapkan.

Namun, walaupun keberadaan hati sentiasa berubah terus, bagi seorang mukmin, hendaknya ia berusaha menjaga dan merawat kebersihan hati dari penyakit yang hendak merusakkannya.

Hati boleh berubah-ubah selama mana perubahan itu tidak menjurus kepada maksiat atau durhaka kepada Allah.

Tidak ada seorang pun yang dapat menjamin hatinya tetap dalam sesuatu keadaan di mana hati akan berubah mengikut perkara yang sedang di hadapi.

Perbezaan perkara yang dihadapi boleh menyebabkan berlakunya perubahan hati.

Misalnya dalam bekerja, jika pekerjaannya banyak membawa keuntungan, hati akan tenang dan  terasa mudah untuk bekerja namun, apabila pekerjaannya muflis, maka hati akan mula resah dan  berpaling darinya.

Hati akan condong kepada perkara yang disukai dan berpaling dari perkara yang tidak disenangi. Dari sinilah, dapat diketahui bahwa perbezaan niat atau motivasi seseorang dalam melakukan pekerjaan ditentukan oleh sudut pandang yang berbeza-beza.

CONTOH 1 :

Orang yang solat, di saat ‘takbiratul ihram' ia niat ikhlas kerana Allah, tetapi ketika berada di tengah-tengah semasa melakukan solat, hati boleh berubah sewaktu-waktu, kerana ia mengingati sesuatu atau kerana ia terlena dengan pujuk rayu syaitan.

CONTOH 2 :

Orang yang bersedekah, di permulaan niatnya adalah kerana Allah, tetapi setelah mendapat sanjungan dan pujian, niatnya berubah menjadi bangga serta ingin mendapat pujian.

Perubahan-perubahan ini yang semestinya dijauhi dan ditinggalkan oleh orang yang rindu akan rahmat Allah.

Rahmat dan ridha Allah akan diberikan kepada orang yang beramal kerana Allah semata-mata mulai dari awal hingga akhir amalnya serta ia tidak dapat menjaga niat ini kecuali ia menyerahkan urusannya kepada Allah sebelum beramal.

Kita mestilah mengetahui bahwa hati berada dalam genggaman Allah.

Firman Allah swt :

Sesungguhnya Allahlah yang membatasi antara manusia dan hatinya.” (QS Al-Anfal : 24)

Dengan kata lain hanya Allah yang menguasai hati manusia.

Allah swt tidak akan menerima amal kecuali orang yang hatinya bersih (ikhlas).

Firman Allah swt :

Kecuali yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih.” (QS Asy-Syu’araa’ : 89)

Hati juga boleh mengeras disebabkan :
  1. Banyak melakukan larangan Allah dan sering meninggalkan perintahNya.
  2. Menjauhkan diri dari ulama’.
  3. Sering ketawa.
  4. Mengambil makanan yang haram.
Melakukan dosa besar misalnya boleh menyebabkan hati menjadi beku. Hati yang beku akan sukar untuk menerima sentuhan hidayah Ilahi dan jauh dari rahmat Allah swt.

Allah swt berfirman :

“Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah.”(QS Az-Zumar : 22)

Sebaliknya Allah swt bakal mengampuni dosa orang yang takut pada azabNya dan ia datang dengan hati yang bertaubat di mana Allah menggolongkan mereka di kalangan hamba-hambaNya yang beruntung dan terus terpaut denganNya.

Allah swt :

“Bagi orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang dia tidak kelihatan (olehnya) dan ia datang dengan hati yang bertaubat.” (QS Qaaf : 33)

Seorang mukmin mesti mengetahui :
  1. Keadaan hatinya yang sentiasa berubah-ubah.
  2. Penyebab hati yang menjadi rusak.
  3. Usaha-usaha pencegahan hati dari kerusakan.
  4. Jalan-jalan penyelesaian untuk menyelamatkan hati.
Jika kita mengetahui hati mulai terasa sakit, ia mestilah cepat-cepat mengubati hatinya sebelum ia tertutup yang pada akhirnya akan membuat dirinya akan hancur.

Masalah ini sangat penting kerana Allah swt telah mengingatkan kita akan bahaya hati yang keras, lalai, sakit, buta, tertutup, terbalik dan terkunci mati.

Tanpa menyedari bahwa hati itu sentiasa berubah-ubah, seringkali ia tidak bersedia menerima masalah yang di hadapi.

Dengan menyedari bahwa hati yang sentiasa berubah-ubah, seseorang akan lebih bersedia menjalani kehidupan di bawah ketetapan Allah swt.

Perhatikan anjuran Rasulullah saw di kala kita menyukai sesuatu.

Rasulullah saw pernah bersabda :

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya sahaja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya sahaja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR Tirmizi)

Hadits ini menganjurkan kepada kita sikap bersederhana dalam menghadapi permasalahan hidup serta melarang kita dari berlebih-lebihan dalam setiap perkara kerana Rasulullah saw sangat mengetahui bahwa hati manusia sentiasa berbolak-balik.

Sekarang mungkin ia cinta, besok sudah lupa, kelmarin sangat benci, sekarang begitu rindu ingin bertemu.

Maka, hendaklah kita jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara kerana ianya termasuk perbuatan yang dilarang dan merupakan perbuatan syaitan.

Mengapa hati sentiasa berubah-ubah?

Ini adalah kerana ia merupakan muara dari segala tujuan.

Misalnya, jika sesuatu ‘A’ menyentuh hati dan berpengaruh kepadanya, maka dari arah lain ada pula sesuatu ‘B’ yang meresap ke dalam hati yang berlawan dengan sesuatu ‘A’, hinggakan hatinya menjadi berubah.

Demikianlah yang berlaku ketika syaitan turun ke hati dan mengajaknya untuk memperturutkan keinginan nafsu, maka malaikat akan turun ke hati untuk menghalau syaitan dari hati.

Jika syaitan menarik hati untuk berbuat keburukan, maka malaikat menarik hati untuk berbuat kebaikan.

Dengan yang demikian, dalam suatu waktu, akan berlaku perebutan antara syaitan dan malaikat untuk menguasai hati.

Hati akan penuh dengan sifat-sifat keburukan jika ia mengikuti bisikan syaitan dan memperturutkan bisikan itu  manakala hati akan penuh dengan sifat-sifat yang baik, jika ia mengikuti bimbingan malaikat dan merealisasikan dalam perbuatannya kerana sifat hati itu sentiasa berubah-ubah.

Meskipun hati sentiasa berubah, ada perkara yang tidak boleh berubah, iaitu :
  1. Keimanan kepada Allah.
  2. Ketaatan kepadaNya.
Janganlah sampai iman dan taqwa kita berubah-ubah kerana kedua-duanya adalah tiang kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat kelak.

Baik dan buruk, bahagia dan susah, pahala atau siksa, syurga atau neraka bergantung pada kedua-duanya.

Begitu pentingnya perkara di atas sehingga keduanya menjadi kayu ukur diterima atau ditolaknya amal perbuatan oleh Allah swt.

Oleh kerana itu, Rasulullah saw sentiasa berdoa agar diberikan ketetapan hati untuk mentaati Allah swt.

 “Wahai Zat Yang Memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan kepadaMu!”(HR Muslim)

Keikhlasan mesti tetap terjaga kualitinya pada saat kita beramal. Jika ia rusak, maka cederalah amalnya.

Ikhlas beramal kerana Allah tidak boleh berubah, kerana ia adalah ruh ibadah. Tanpanya, amal akan menjadi sia-sia.

Begitu juga dalam kita tetap berpedoman kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ianya tidak boleh berubah atau berpindah kepada pedoman-pedoman yang lain. Kedua-duanya adalah pelita hidup dan penuntun menuju syurga Allah swt. Orang yang berpijak pada keduanya akan selamat di dunia dan di akhirat.

Akhirnya kita hanya mampu berusaha dan berharap semoga Allah swt berkenan memberikan kemantapan iman, ketaqwaan, keikhlasan dan ketetapan untuk berpedoman dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah kerana dengan ketetapan hati pada perkara-perkara tersebut merupakan modal awal untuk kita sentiasa dapat bersama Allah swt.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, maka tetpkanlah hati kami di atas agamaMu dan lindungilah hati kami dari sifat lalai, lupa dan buta sehingga kami mampu menangkap keagungan dan kebesaranMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Wednesday, November 28, 2012

Tamayyuz

Tamayyuz itu ertinya berbeza.

يختلطون ولا يتميزون

"Yakhtalitun wala yatamayyazun"
"Bergaul tetapi tidak bercampur" = Berbeza

Jom soroti kembali sirah !

Contohnya, sikap dan perangai Umar yang sebelum Islam tentunya berbeza apabila beliau memeluk Islam. Tapi, sikapnya tak menghalangi beliau untuk bergaul dengan manusia lain, berdakwah bersama sama Rasulullah SAW.

Mereka memang berbeza. Beza mereka dapat dilihat oleh manusia yang berhubung dengan mereka. Beza pada cakap dan tingkah laku mereka mula ketara. Pakaian mereka mungkin tidak berubah, tetapi akhlak mereka sangat berbeza. 

Seorang bangsawan yang mementingkan keduniaan dan harta benda seperti Mus'ab Ibn Umair boleh berubah akhlaknya mementingkan akhirat sehingga ketika syahid menjemput beliau, tiada apa yang boleh digunakan untuk menutupi jasadnya dengan sempurna. Menitis air mata Rasulullah SAW...

Aiwahh, beginilah seharusnya orang tarbiyah ! Kawan kawan melihat kita berubah, tetapi bukan menyebabkan mereka semakin jauh dari kita tetapi cuba mendekati kerana akhlak yang kita tunjukkan.

Kita mesti berbeza dengan orang lain. Jika kita masih seperti orang lain, maka kita telah kehilangan ‘tamayyuz’ kita. 


Jadi, apa ertinya kita TARBIYAH?..

Wednesday, November 14, 2012

Repeat

And the verse kept repeating in my mind.

Yes, I'm being dead serious. The said, incomplete verse keeps repeating itself in my not-so-clear mind.

I wished I had an A-Ha moment, so I didn't have to rely on Mr Google (the source of all goodness...eh?) to recall that verse.

But still, as someone who have yet to remember every details in the Qur'an, I struggled to find which verse exactly it is. :(

Hah, that just tells me, I need to work on my understanding of the Qur'an more ey?

So I gave up relying on my mind for a while.

"Let's try googling what little phrase or word you remember from the verse, okay?"

"Alrighttt !"

So there ! I started googling the verse, and ta-dah ! As expected, thousands of results popped on the screen within milliseconds.

Yet, interestingly, none of the verses from the myriad of results matched up with the one in my mind.

Weird, I know right?

And so, today, while I was reading through the Qur'an, the verse is there !

THE verse....Right in front of my two eyes !!!

Allahuakbar ! I feel like crying because when I read through the meaning, it vibrates a sense of nostalgia.. :')

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
And hold fast, all together, by the rope which Allah (stretches out for you), and be not divided among yourselves; and remember with gratitude Allah's favour on you; for ye were enemies and He joined your hearts in love, so that by His Grace, ye became brethren; and ye were on the brink of the pit of Fire, and He saved you from it. Thus doth Allah make His Signs clear to you: That ye may be guided.


Saturday, November 10, 2012

Nikmat Masa

Walaupun cuti sekejap tapi kena plan betul-betul !


والْعَصْرِ ﴿١ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِر وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 
By (the Token of) Time (through the ages), (1) Verily Man is in loss, (2) Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy. (3)

Thursday, November 8, 2012

Jiwa Mesti Kental

Hendaklah kita didik jiwa kita supaya menjadi kental !

Jangan berasa tertekan dengan ujian-ujian duniawi, hatta ditekan sehebat manapun.

Kerna ujian-ujian ini bisa membawa kita lebih dekat padaNya,

Mungkin juga lebih dekat dengan syurgaNya.

Ingatlah, Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya

Kerna Dia sudah berfirman di dalam Buku Cinta kita,


لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Senyum.

(:


Monday, November 5, 2012

Infiru



انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" - [AQ 9:41]

Tuesday, October 30, 2012

Banyak Kali

Bismillah :)

Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Allah bagi nikmat untuk bernafas kembali di dunia ini, mengingatkan diri bahawa saya masih menggalas tanggunggjawab sebagai khalifah dan 'abidNya.

Alhamdulillah, baru balik dari berdaurah (baca: berprogram) di West Virginia.

Daurah yang sama, basic amat di kaca mata orang yang baru mengenal tarbiyyah.

Tapi, sungguh, banyak tak terkira yang saya belajarrrr sepanjang daurah ini.

Dan sungguh, setiap kali dengar dan tengok dua video ini, pasti semangat membara kembali !


Take home messages daripada dua video ini, biarlah yang melihatnya buat konklusi sendiri.


>>>>>>>>>


 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكًا عاضًا فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون ملكًا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، ثم سكت."

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.


Selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian (khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya,masa kerajaan yang 'mengigit' (Mulkan Adhan). Adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya,masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya, adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian (khilafah 'ala minhaj al-nubuwwah).



Kemudian beliau (nabi) diam.” 


(HR.Ahmad dan Baihaqi dari Nudman bin Basyir dari Hudzalfah)


Oh lupa, tajuk atas tu.  Cuma nak cakap, banyak kali dah dengar pengisian ni...Maknanya apa eh?

Hmmm...

Tuesday, October 23, 2012

Rukun-rukun Pemuda

1. Beriman
2. Jujur
3. Hamasah (Semangat)
4. Amal (Tindakan)

Agak-agak, kita ni ada iman saja kah?
Semangat saja kah? Kejujuran saja kah?

Amal letak mana? Kalau ada keimanan, kejujuran, hamasah tapi amalnya tak ke mana, tak jadi jugak kan.

Nak harap ciri-ciri lain ada, tapi praktikalitinya takdak, camna camna camna kita nak realisasikan apa yang kita nak?

Nak pasang cita-cita saja? Pastu terus yang lain bergolek-golek datang sendiri ka?

Contoh, nak sesangat sangat orang lain tahu nikmat iman & islam tu macam mana inshaAllah. tapi tindakan nak ke arah tu, takjalan seciput pun? Ada ilmu kemain banyak pasal islam, tapi simpan kat diri sendiri jaa? Orang suruh berkorban sikit, kemain banyak lagi alasan keluar? Apa ingat islam ni magik ja ka nak naik macam tu jaa?

Dush dush. Muhasabah lagii.....

T___T

Hendak Seribu Daya,

Takmau bagi la infinity alasan. Eh.

Haa malas tulis panjang.

Anda tau kan maksud saya. Toksah berselindung lagi...di sebalik Macbook anda itu. Eh lagi sekali.

Ni ha, mai baca entri ni sket. Biaq rasa dush dush dush.

http://humdee.blogspot.com/2011/08/tanyalah-diri-mu-apakah-kau-layak.html?m=0

Apa dah cukup pengorbanan ka blom lagi ek?

Muhasabah muhasabah balik diri.

Allahurabbi T__T

Monday, October 22, 2012

Jeles

Ya memang dah lama saya nak mengaku.

Saya jeles dengan mereka ini.

Ok sebenarnya perasaan malu lagi menebal tinggi. Malu dengan Allah lah yaa. Tapi still, sedikit jeles masih ada jugakla...

Tau tak kenapa? Depa ni semua dok pulun habih habih nak dekat dengan Allah.

Hat saya ni dok buat pa? Nak termangu jaa ka tengok depa dok berkejaran cari Allah?

Of course NO !

Terima kasih anda semua yang berjaya buatkan saya jeles.

Saya nak sama-sama berlari kencang cari Allah jugak !

Takmau la terlepas peluang keemasan dapatkan cinta Dia :D

Why not fill your time with remembrance to Allah, and stop indulging the self with self-satisfaction.

Kata nak kejar Syurga Firdausi, nak jumpa Allah dan Rasul-rasulnya, tapi kalau takda sikit usaha pon nak perbaiki diri, ibadah dan ajak orang lain untuk sama-sama buat perubahan, sama-sama laksanakan amal makruf dan nahi mungkar, makanya boleh kata kthxbye jaa ok.

Tapi kalau SERIUS nak masuk syurga tertinggiNya, jomlaa sama-sama berlumba mencari redhaNya !

Jom kawan-kawan, pasang angan-angan ke sana dan MULAKAN gerak langkah kita !

Moga Allah matikan kita dalam iman, bangkitkan kita dalam iman, dan masukkan kita ke dalam syurgaNya dengan redha dan rahmatNya.

InshaAllah, ameen.

Kamu, Ya Kamu

Ya saya memanggil kamu untuk sama-sama baca entri kali ni.

Ya kali ni saya kopipes saja entri orang lain, tapi serius entri kalini SERIUS PENTING.

Aaa ok jom mula baca....

Krik krik.

................................................................

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Ayat di atas, mugkin dah kali ke lapan juta sembilan puluh tiga anda dengar ayat ni. Diulang-ulang. Lantak pi la, saya nak tulis juga hari ini. Dalam ayat itu, Allah berfirman secara ayat mudahnya, Dia ciptakan manusia dengan jin tiada sebab lain, tiada Dia cipta manusia untuk makan, cipta manusia untuk tido, untuk berhibur situ sini, untuk lenggan kangkung lenggan bayang, bukan untuk sibuk kerja lupa dunia, belajar lupa agama, tengok bola lupa anak bini.

Tapi diciptakan manusia supaya beribadah kepadaNya, menghambakan diri dan jadi abid kepada Dia setiap detik saat dan waktu.

TAPI TAPI TAPI

Dalam nak beribadah, ada benda yang perlu kita capai supaya ibadah diterima. Contoh, nak solat, kena tutup aurat, nak ada baju, nak beli baju kena ada duit. Nak solat di masjid, nak pergi masjid ada kenderaan, tubuh badan nak kena sihat, baru sempurna rukun rukun pergerakan, tak gitu?

Nak bayar zakat, pergi haji pun nak kena ada duit. Nak kena buat persiapan sebelum meninggalkan kampong halaman. Inilah benda-benda yang kita perlu ada dalam mencari kesempurnaan ibadah.

Perlu bekerja?

Perlu belajar?

Perlu ada duit?

Perlu makan?

Perlu rehat?

Perlu riadah?

PERLU PERLU PERLU

*insert lagu sedikit dramatik di sini*

Kalau orang nak pergi berperang, tujuan dia nak lawan musuh la kan, tak kan saja-saja pergi perang nak test power kot, so menang atau syahid. Tapi, ada ke orang pergi berperang sehelai sepinggan dan sebutir periuk belanga? Heh. Tak la kan. Mesti ada pedang, perisai sebagai senjata. Kuda perang untuk ditunggangi sebagai kenderaan. Tapi still objektif perang, kalahkan musuh. Itu matlamat. Ni la yang kita kena paham. Nak capai objektif kita kena ada alat.

Duit, pakaian, makan, tidur rehat, riadah, kerja, belajar itu alat. Saya ulang itu alat. Beribadah kepada Allah itu matlamat! Apabila kita belajar, bekerja, tidur, makan, main sebab nak capai matlamat tadi, maka di situ dikira ibadah. Ni kita panggil ibadah umum. Paham kah?

TAPI TAPI TAPI

Apa yang berlaku hari ini. Manusia-manusia dah confused. Matlamat sudah dibuang ke laut. Alat pula dijadikan matlamat. Tak percaya? Saya bikin anda panas?

Contoh, orang kerja sebab nak cari duit nak infak, nak buat ibadah tapi hari ini mereka kerja gila mati sampai tension gaduh laki bini sebab nak kumpul harta, berlagak sana-sini. Orang beli kereta sebab nak pergi masjid, pergi ziarah, tapi hari ini mereka kumpul kereta buat pameran, supaya megah bicara, tinggi kepala. Alahai.

Contoh lagi, orang beli baju nak tutup aurat, supaya sempurna ibadah. Tapi hari ini rata-rata beli baju, tapi disengajakan yang buka aurat, dedah situ dedah sini buat pameran tengah jalan. Ni pakai ayat mana? Mazhab mana? Ke belajar kelas fardhu ain selalu ponteng? Heh.

Contoh, orang belajar supaya dapat kerja, dapat cari rezeki sara anak dan bini-bini serta mak ayah, belajar supaya dapat jadi hujah untuk agama, tapi hari ini ada yang keliru. Belajar tinggi-tinggi lupa daratan. Belajar sampai pukul tiga empat pagi lepas tuh subuh gajah putih. Subuh jemaah itu sah sah fail. Kemudian ditanya, buat apa belajar?

“Belajar kan ibadah. Kerana Allah”

Ni memang nak kena pelempang.

Lagi contoh, orang beriadah sebab nak jaga kesihatan supaya selalu fit. Dapat jalan gi masjid sembahyang jemaah. Tapi hari ni bersukan sampai maghrib pastu lupa nak tutup aurat time sukan. So macam mana nak jadikan sukan kita ibadah? Paham? Orang tidur pun sebab nak rehat, makan sebab nak jaga kesihatan, nak buat amal. Tapi hari ni ramai orang mati kekenyangan dan tidur lama sangat sampai tak bangun-bangun. Itukah ibadah?


Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah


Matlamat dan alat dah bersimpang siur. Oh kawan-kawan. Oh diri. Habistu, tally kah kehiduan kita seharian ni dengan seruan Allah tadi ? Anda ada jawapan untuk diri masing-masing. Kalau kita gagal beribadah kepada Allah dua puluh empat jam sehari, maka bukankah kita telah lari dari tujuan hidup?

Ayuh tajdid niat.

Gunakan alat sebaik mungkin.

Jangan keliru !

-kopipes daripada blog Nasi & Lemak-

Friday, September 28, 2012

Hidup

Satu persoalan penting.

Kita hidup dalam dunia ni, nak puaskan siapa sebenarnya?

Jawapan: Sila check balik amalan seharian hidup kita macam mana. Sehari 24 jam, berapa kali buat amalan kerana Allah (tolak ibadah wajib)?

Tolonglaaaa tolonglaaa sibukkan diri dengan perkara yang boleh dekatkan diri dengan Allah! #pesananutamauntukdirisendiri

Jangan layan apa yang Syaitan bisikkan kat hati kita.

Samada suuzon (prasangka buruk), ana khairu minnak (saya lagi baaagus daripada awak), atau apa-apa yang bisa menggoyahkan dan merosakkan amalan seharian kita.

First time dengar Rabu lepas hehe. Sedap juga ye!

Dah mari utamakan apa yang patut. Kejarlah mardhatillah dalam apa jua amalan yang kita buat!

Samada amalan fardhi atau jama'ie.

Bersihkan hati, luruskan niat. ;)

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah, jangan Kau lekakan diriku dengan perkara yang sia-sia dan juga yang tidak menambah kebaikan diriku dan juga orang lain."

ps : Ok seryes janji lepas ni, saya share apa yang patut (yakni pengisian-pengisian yang baru dapat haritu).

pss : Murobbi dan bakal murobbi, please click this link? Jzkk :)

Tuesday, September 18, 2012

U__U

Bismillah.

Sungguh, rindu sangat nak menulis balik.

Especially, writing things in English, right from the top of my head.

And everything seems so rusty right now..ha ha. My vocabularies went right off the bat. Inability to write in proper sentences. Everything is choppy, inconsistent. Allah...

Anyways, here I am. Just wanting to be reminded, that I am still breathing. Alhamdulillah..

Satu perkongsian yg saya kira sangat menarik dalam usrah saya tadi,

"Bersyukurlah yang kita masih diberikan nafas untuk hidup dalam dunia ini. Dalam banyak-banyak orang yang ditarik nyawanya, kenapa kita bukan salah seorang daripada mereka?

Kalau Allah nak tarik boleh aje. Tapi hidupnya kita di dalam dunia ni lagi, maknanya masih ada lagi tuntutan yang Allah nak kita buat".

Kalau fikir-fikir kan, tuntutan apa ya yang Allah nak daripada kita ni?

Haa...ce try ingat balik apa yang dapat daripada ISK sebelum-sebelum ni. Ingat lagi dak?

Ingat kan, inshaAllah (Buleh rujuk Qur'an sokmo) :) Yang kita ni ada peranan sebagai khalifah dan 'abidNya.

Bahawa adalah tanggungjawab kita untuk tegakkan kalimat tauhidNya atas bumi ni.

Mengajak orang lain sama-sama menjadi hambaNya.

Itulah dia. Tugas dan tuntutan kita sepanjang hidup kita dalam dunia.

Yaaa, SEPANJANG HIDUP YA!

After all, life is without no purpose. Ey? :)

Kalau hidup atas dunia ni, tapi tak pernah-pernah terfikir yang kita sebenarnya ada tujuan hidup dalam dunia ni, haaah...inilah masanya cek dan reflek makna Qur'an yang kita dok baca selama ni.

Buka Qur'an masing-masing. Cuba baca surah Al-Baqarah, ayat 30 & surah Ad-Dzariyat, ayat 56.

Okokokok, ok? :) Ok kan :) Paham dak?

Orait inshaAllah. Post ni sebenarnya peringatan untuk diri sendiri juga. Dah tau tuntutan ni, apa lagi alasan untuk tak laksanakannya dengan amal/perbuatan kan?

After all, we'll be asked by Him on that Day.

Jadi, takleh la nak buat-buat taktau jaa kan bila dah tau tugas kita ni. Nanti Allah nak tanya, mana buleh nak berdalih dah kan? Hehehe...(ada rasa terperangkap ka sbb terbaca post ni ? :p) .

*******************************************

Ya Allah, sungguh rindu nak dengar pengisian lagi. Moga ada kesempatan untuk jumpa dan dengar lagi pengisian direct daripada muwajjih inshaAllah...

Rindunyarindunyarindunya surrounding(baca: bi'ah) itu!

*******************************************

O' Allah, carve Your knowledge into our hearts, 
so that we can attain a mind like those of great scholars of the past.
And for each of that knowledge, sign it with the word of La Ilaha illallah,
so that we'll always be mindful of You whenever we use that knowledge.


Ameen ya Rabbal 'Alamin.


Monday, July 16, 2012

Celik Buta Celik

Ya Allah, memang sungguh lah petandaMu itu (kalau selalu celik) memang senang sangat nak nampak.

Samada nak buat pilihan nak nampak atau biar aja petanda tu kat tepi.

Sedih jugak kadang-kadang sebab bukan selalu celik pon. Nampak tak nampak jaa kengkadang tu.

Itu lah masalahnya bila tak dapat beza yang hak dan batil. Jadi kena banyak-banyak doa kat Allah supaya bagi pengetahuan supaya dapat bezakan yang hak dan batil la kan?

Lindungilah daku dari kejahatan
Yang menipuku dari kemanisan iman
Bawalah daku ke arah cinta suci-Mu
Berikan daku keredhaan dan syurga-Mu

Kadang-kadang nak sayonara tapi tak tersayonara jugak. Betul lah tu, walau lama mana pon dalam tarbiyyah, masih ada penyakit-penyakit yang melekat-lekat lagi.

Allah...sumber kekuatan untuk melawan semua ini hanya datang dariMu. Maka Kau kuatkanlah kami semua ya Allah.

*Aduh, sungguh bukan lah senang-senang ja la haii nak hilang semua tu.*

Mujahadah mujahadah!! Mari mari kuatkan ruh dan semangat!

* Plan + Execution --> Result. InshaAllah =)

Tuesday, June 26, 2012

أهلاً من جديد


Ruh itu didapati dari jiwa yang tertaut kepada Allah, yang merindui Allah pada setiap saat hidupnya...


Aku mahu diriku diterangi dengan cahayaMu ya Rabb.

Tuesday, June 19, 2012

الحرية / Freedom

Seronok bercakap panjang tentang kebebasan.

Ya, kebebasan untuk beragama, mempraktikkan itu ini, kebebasan daripada pemerintah zalim, kebebasan daripada penjajahan dan macam macam lagi lah.

Ya memang taksalah nak bercerita tentang hal-hal ini. Haih laa tapi kalau diri sendiri belum bebas daripada belenggu dunia, macam mana itu?

Kalau hati itu belum bebas daripada lalai mengingati Allah setiap masa, macam mana ya?

Ya Rabb, bercakap lah lebih banyak dengan hambaMu ini.

Dan hambaMu ini pon kena lebih berusaha banyak untuk dekat denganMu ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah...

# الحرية والعدالة والكرامة والسلامة

# Jangan lupa doakan saudara seislam kita di Mesir, Palestin, Syria dan di seluruh pelusuk dunia. JOM ambil peduli hal ummah! ;)

Friday, June 15, 2012

مش عادي


Music blasting, shouting, dancing, tight jeans or a short dress,
Is this how you protest? Then I protest your protest!
For if it is I that you are inclined to help,
Then take the steps to correct yourself,
Do not take to the streets to feel good about yourself,
To who are you trying to bring rest, me or your conscience?
Because I haven’t tasted sleep.
What are you planning to give up for me,
Cuz honestly talk is cheap,
And you may suffer grief,
Because you have agents in your mosques,
or feel discriminated against at your jobs,
Maybe someone somewhere called you fob,
Or you get delayed for a few hours at an airport,
Before you get to board your flight,
But that type of a day would be the best day of my life,
I hope you never see a day where they touch your daughter or your wife,
Hope you never experience the sleeplessness of a man castrated,
Because he’s unable to protect his beloved and related,
When soldiers break into your door at any hour,
When most of the world knows your right, but most of the world has no power,
And you pray to the Lord through tears you can’t explain,
They call you ineloquent, but there are no words to explain your pain
And you wonder if you have sooo many brothers why do they all refrain,
Why are we not on the top of their agenda,
Why am I so easy to forget and so difficult to remember
Where is my helper, and where are my knights?
Send them to us, by day and by night,
This is our plight, hunger, fear and disease,
I am asking you please,
For your sake before mine,
Don’t you fear being questioned for your silence by the Divine.
I’m sorry to interrupt your daily unwind,
And bringing a glimpse of hell into your home,
but that hell and home is mine.

#Syria


By: Ammar AlShukry

Wednesday, June 6, 2012

After All This Time



I.....

am...

still...

socially...

awkward.


Wednesday, April 18, 2012

Di Kala Musim Peperiksaan

Kita semua patut






!الحمد الله على كل حال :)