Saturday, April 27, 2013

Husnuzon =]

'Afwan sejak akhir-akhir ni, post berkisar tentang petikan buku saja. Tapi untuk kali ni, seriyes ni salah satu topik kegemaran saya, jadi saya nak cerita kat sini lah jugaaaaa.

Boleh ya? InshaAllah :)

Semoga yang membaca dapat 'ibrahnya.

~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


“Wah cantiknya kuda kau ni! Bulunya berkilat. Badannya gagah! Pasti pantas berlari di medan perang nanti,”

Pagi itu, kawasan kampung kecoh dengan kuda hitam baru yang baru dibeli oleh dua beranak (bapa dan anak) untuk dijadikan alat mereka di medan jihad.

“Aku tak pernah nampak kuda sehebat ni! Berapa harganya?” kata seorang pemuda sambil mengusap belakang kuda tersebut.

“Semua duit yang kami ada, telah kami habiskan untuk membeli kuda ni,” si bapa tersenyum.

“Apa? Korang dah gila! Habiskan semua duit untuk beli kuda ni. Ish, mengarut!” dan mereka beredar dari situ.

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Dan dua beranak tadi pun menjaga kuda tersebut dengan penuh kasih sayang. Diberi makan daripada rumput yang segar, dibasuh dengan air sungai yang jernih, disikat rapi dengan penuh kasih sayang. Bagai menatang minyak yang penuh!

Keesokan paginya, macam biasa, si bapa pergi ke kandang untuk memberi makan pada kuda hitam. Tapi, si bapa terkejut bila melihat kandang itu kosong. Hanya ada tanah dan bau hamis kuda. Kuda itu hilang!

Dan datanglah penduduk kampung berbondong-bondong mengucapkan takziah. Mereka kasihan melihat dua beranak ni.

“Sayangnya! Kuda yang paling hebat pernah aku lihat sudah hilang. Niat kamu sangat hebat, mahu berjihad di jalan Allah. Tapi kuda itu hanya datang sekejap untuk kamu rasa gembira tentang cita-citamu yang hampir tercapai. Tapi Allah dah musnahkan cita-cita kamu!”

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah” ucapan itu diulang si anak.

Dua beranak ini pasrah. Mereka melihat baki duit yang mereka ada dalam simpanan, cuba mengira, bila lagi mereka boleh membeli kuda yang baru.

“Takpa nak. Dengan atau tanpa kuda, kita tetap akan berjihad jika seruan jihad tu dah sampai,” kata si bapa dengan pandangan mata yang redup.

Tiga hari kemudian, tiba-tiba kandang kuda dua beranak ini bising. Riuh! Cepat-cepat dua beranak ini pergi ke kandang dan mereka dapat lihat, berdiri dengan megah, kuda mereka yang hilang dahulu. Tapi dia tidak keseorangan (ke keseekoran?), tapi ada lebih dari sepuluh ekor kuda ada bersamanya. Kuda liar!

Dan berduyun-duyunlah jiran tetangga datang mengerumuni kandang kuda tersebut.

“Wah, ajaib! Kuda tu pergi panggil kawan-kawannya di hutan sana! Dan sekarang anda jadi orang terkaya di kampung ini! Ajaib!”

Dan sekali lagi, jawapan yang terkeluar daripada mulu mereka, sama.

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Keesokannya, si anak mahu mencuba menaiki salah satu kuda liar tersebut. Sedang dia memacu kuda itu laju, meredah hutan belantara, tiba-tiba sang kuda berhenti mengejut apabila seekor lembu muncul dari tepi. Terpelanting si anak ke hadapan. Kakinya patah. Dia menangis kesakitan.

Macam biasa, jiran tetangga datang ziarah.

“Kami kasihan lihat anak kamu ni. Betullah kuda tu tak berkat. Tak ada faedah langsung! Kan bagus kalau takda kuda langsung. Takdalah nak jadi macam ni,” salah seorang pemuda kampung mendengus.

Si bapa hanya tersenyum.
“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Hari berikutnya, hulubalang istana datang ke kampung tersebut. Dia membawa arahan daripada istana kepada semua pemuda yang berbadan sihat wajib menjadi askar istana untuk mempertahankan negeri. Tapi, perang ini susah nak dikatakan sebagai jihad di jalan Allah. Sebab perang ini melibatkan muslim di kedua belah pihak. Hulubalang istana masuk ke rumah dua beranak ini.

“Kenapa dengan dia?”

“Tuan, betul saya cakap, anak saya betul mahu ikut berperang. Tapi, kakinya patah bila menunggang salah satu dari kuda hari tu,”

“Sayang sekali! Kalau tak, dia boleh jadi askar yang hebat. Maaf, dia tak dapat ikut serta,” dan hulubalang istana itu berlalu pergi.

“Untungnya kamu! Kami akan kehilangan anak-anak kami, harapan keluarga. Tak tahu nasib mereka, hidup atau mati. Tapi anak kamu  masih di sini kerana kakinya patah. Sungguh Allah sayangkan kamu!”

Dengan nada sedih, si ayah berkata,
“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Sebulan kemudian, kampung itu bising dengan suara tangis ibu-ibu yang kehilangan anak mereka semasa perang yang lepas. Yang lelaki pula hanya duduk termangu. Khabar yang tiba mengatakan, semua pemuda yang turut sama perang, tewas di medan tempur. Dan mungkin penduduk kampung sudah belajar daripada dua beranak tadi. Ramai-ramai mereka mengucapkan,

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah”

Untuk dijadikan cerita, tak lama kemudian, panggilan jihad yang sebenar pun bergema. Pasukan Monggol yang dipimpin hulagu Khan datang menyerang bumi Islam. Mereka dengan rakusnya, membakar bumi Islam yang suci ini. Si ayah dan si anak ingin mengotakan janji mereka, untuk berjihad di jalan Allah. Dan ucapan mereka pun bergema,

“Kami tak tahu, ini rahmat atau musibah. Kami hanya bersangka baik pada Allah!”

- Dipetik dan diolah dari buku, Dalam Dekapan Ukhuwah (Salim A Fillah)

Peace ! ^_^

Wednesday, April 24, 2013

Pre-Grad

I've always wonder, whatever happened to those who joined D&T

And then suddenly disappear or choose to let go when they go back or go somewhere else.

Though I've read on why people would do so, those are just theories, aren't they ?


I'm still wondering, and feeling scared at the same time,

Because I might end up being one,

If my intention or niat & sincerity is not right at the first place.


God knows how much I depend on Him to keep me on this super long road,

So if I were to be gone, and nobody hunts me or gives up on me,

Well, I warn you, I'll see you in His "court".

Edit: Moments after pondering about this, I've come to conclusion, Allah's the one who hold their hearts. And He actually decides who stays and who doesn't...Allah knows best.

Sunday, April 21, 2013

Rabbani


كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

"...Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbani disebabkan kalian terus mengajarkan Al Kitab, dan kalian sentiasa mempelajarinya."
(Ali Imran: 79)

Apa itu Rabbani ? Dalam Jami'ul Bayaan fii Ta'wilil Quran, Imam Ibn Jarir At-Thabari menggariskan 5 hal/perkara yang dimiliki oleh seorang Rabbani.

1. 'Alim dan Mutsaqqaf 

Seorang Rabbani haruslah berilmu dan berwawasan. Ada semangat belajar yang kuat di dalam dirinya. Dia digerakkan oleh Rabb yang mentarbiyah manusia dengan mata pena

Dia tergema oleh ayat pertama Iqra', agar dia tak sekadar membaca kalamNya di mushaf, tetapi memulakannya dengan menyebut asma Rabb yang menciptakannya. Agar dia tak hanya menulis, tetapi juga memberikan pencerahan.

2. Faqih

Seorang yang Rabbani cuba untuk melihat apa yang ada di sebalik sesuatu, mendengar apa yang tak terucap, dan menilai dari pelbagai sisi yang tak selalu lurus.

Seorang 'alim mungkin saja lahir dari ruang berisi buku-buku, tetapi seorang faqih muncul di tengah orang ramai yang mempunyai banyak persoalan. Maknanya seorang yang faqih ini faham dengan situasi keadaan atau waqi' sesuatu masalah itu. 

3. Al Basyirah bis Siyasah

Seorang Rabbani itu memiliki kedalaman/ketajaman pandangan tentang politik Islam. Politik Islam adalah seni mengelola urusan masyarakat supaya manusia merasa indah beribadah dan mampu menjadikan setiap aktiviti mereka sebagai ibadah. Dia mampu mengelola sebuah kebijakan yang membuatkan orang kaya rasa terjamin dengan hartanya dan gembira menunaikan kewajibannya. Kebijakan itu membuatkan orang miskin berasa tenteram sekaligus bersemangat untuk bekerja.

4. Al Basyirah bit Tadbir

Seorang yang Rabbani juga memiliki kedalaman/ketajaman pandangan dalam hal pengurusan. Dia tahu bagaimana nak tempatkan sesuatu kekuatan/sumberdaya di tempat atau posisi yang sesuai dan tepat.

Sepertimana yang dikisahkan dalam sirah, Nabi saw melantik Amr ibn 'Ash yang baru memeluk Islam untuk jadi komandan dalam satu pasukan yang terdiri daripada para sahabat yang boleh kita kata "senior" termasuklah Abu Bakar, 'Umar :) 

Ada suatu hari, waktu mereka tengah berkhemah, tiba-tiba 'Amr memerintahkan semua memadamkan api. 'Umar tersinggung kerana dia melihat pasukannya dalam kesejukan dan ada beberapa yang lain tengah memasak. Abu Bakar yang ada di sampingnya pun menegur, "Wahai 'Umar, dia pemimpin yang dilantik oleh Rasulullah. Taatlah pada Allah, RasulNya, dan pemimpinmu".

'Umar masih lagi rasa tak puas hati. Tapi beberapa waktu lepas tu dia sedar yang 'Amr itu benar. Sebab kedengaran bunyi tapak kaki kuda patrol musuh berlalu di kawasan mereka. Tapi kafilah patrol itu hanya melewati saja tempat mereka, tanpa berhenti di situ. Maka Abu Bakar pun senyum kepadanya :)

5. Al Qiyam bis Su'unir Ra'yah li Maslahatid Dunyaa wad-Diin

Kata kunci daripada perkara ke-5 ni bermakna bahawa seorang Rabbani itu memiliki peranan yang penting dalam menegakkan kepentingan masyarakat dalam kerangka dunia dan akhirat.

Ada nasihat-menasihati, ada santun-menyantuni, ada peningkatan kesejahteraan, dan ada kebijakan yang membuka peluang-peluang kebaikan.

- dipetik dan diolah oleh buku penulisan Salim A Fillah

Semoga bermanfaat inshaAllah :)

Friday, April 19, 2013

Yang Pertama !


الفهم

 :إنما أريد بالفهم


.أن توقن بأن فكرتنا "اسلامية صميمة" وأن تفهم الإسلام كما نفهمه في حدود هذه الأصول العشرين الموجزة كل الإيجاز



Yang kami maksudkan dengan al-fahmu adalah:

     Anda yakin bahawa fikrah kami adalah fikrah islamiah yang solid dan tangguh, serta anda memahami Islam seperti apa yang kami fahami dalam kerangka dua puluh landasan (al-usul al-'isyruun).


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bagi Ashabul Kahfi, sesudah iman, tambahan nikmat berupa Huda (petunjuk) itu pada hakikatnya juga ilmu.

Kecuali efek kesombongan yang sebenarnya bukan anak kandung ilmu, seluruh dampak ilmu adalah kebajikan. Bukanpun ketika seseorang terlanjur salah jalan, ilmu mengambil peranan menjadi pelurus.Ia selalu jujur asalkan si empunya juga mahu jujur.

"Lewat beberapa masa, aku menuntut ilmu dengan motivasi yang salah, tetapi sang ilmu tak pernah mahu dituntut kecuali kerana Allah, " kata Al-Imam Ghazali.

Tentu saja seseorang tak harus mengumpulkan ilmu sebagai koleksi tanpa komitmen amal, kerana hal seperti ini dapat dilakukan oleh hard disk, disket, pita perakam  atau mata pensil (dush untuk diri sendiri!).

Ilmu selalu membuat si empunya semakin rendah hati, sensitif dan sungguh-sungguh.

- dipetik dan diolah dari buku penulisan Ust Rahmat Abdullah

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Finals MODE is ON !

Tetapi belum terlambat kan untuk sama-sama perbaharui (tajdid) niat ? ;)

Pesanan untuk diri sendiri:

Semua yang diboldkan dalam petikan atas.

Monday, April 15, 2013

Lemah

"Amal diri sendiri yang dhoif tu yang melambatkan orang lain sebenarnya !"

"Amal diri sendiri yang dhoif tu menyumbang kepada kelambatan Allah nak bagi kejayaan kat jalan ni !"

TT____TT

Sunday, April 7, 2013

Sudah Cukup... ?

Yang aku mahu dengan kamu semua berukhuwah ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Tidak ada kekuatan dalam dakwah ini tanpa kesatuan dan tidak ada yang dinamakan kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima ialah berlapang dada (sesama kamu). Kasih sayang yang paling tinggi ialah Al-Ithar (mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri).


Berlapang dada itu tingkatan terendah sekali dalam ukhuwah. 

Maksudnya, bersihnya hati kita dari perasaan iri, dengki, benci, dan sifat-sifat negatif lainnya terhadap saudara kita. 

Kalaupun kita takdapat beri suatu kebaikan kepada saudara kita, paling tak pun kita takda perasaan yang negatif kepadanya. 

Itsaar pula tingkatan ukhuwah yang paling TINGGI

Bermaksud kita lebih pentingkan dan utamakan saudara kita berbanding diri kita sendiri. 

Kalau kita baca sirah nabawiyah, cerita paling mantop yang kita boleh relate tentang ni adalah kisah para Muhajirin yang ditawarkan dengan bermacam-macam pertolongan oleh para Ansar. Atas dasar apa lagi, kalau bukan keimanan kan ?

Hmmm...kalau sekarang kan, agak-agak masih ada lagi tak orang macam ni ek ?

Kalau dulu-dulu, mesti saya orang antara pertama yang jawab, "TAK". (because my worldview was once distorted ;p)

Tapi sekarang ini saya dah melihat cerita-cerita mantop versi moden dengan mata sendiri, dan baru-baru ini yang paling dekat dengan diri ini ! Allahuakbar !

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Wahai ukhti,

Ketahuilah ketika saat kamu merelakan diri untuk berkorban kepentingan dirimu sendiri untuk akhawatmu yang lain,

Aku tahu, mesti perit bukan untukmu membuat keputusan seperti itu?

Kerna kamu bukan memilih untuk berkorban sesuatu yang senang, tetapi suatu yang begitu penting untuk dirimu...

Sehinggakan aku sendiri saja hampir tidak percaya saat kamu menyatakan hasratmu untuk melakukan pengorbanan dan mujahadah itu,

Namun aku kira kamu sangat memahami apa yang yang aku sendiri belum fahami,

Iaitu nikmatnya saat meraih kemanisan iman dan ketenangan yang dihadirkan olehNya...

Saat kamu berikrar, "Ya, demi ukhuwah ini aku sanggup beritsar keranaMu ya Allah"

Saat kamu berikrar, "Ya, demi dakwah dan tarbiyah ini, aku sanggup bermujahadah dan berkorban keranaMu ya Allah"

Saat kamu berikrar, "Ya, aku melakukan semua ini hanya keranaMu ya Allah"

Ukhti,

Sesungguhnya dirimu punya keimanan dan kepercayaan yang benar kepadaNya !

Dan beruntunglah orang-orang yang bermujahadah dan berkorban diri tidak lain tidak keranaNya,

Kerna Dia sudah berkata dalam buku cintaNya,


الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّـهِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.
(At-Taubah 9:20)

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Untuk kamu, kamu dan kamu yang di sana,

Aku melihat kamu semua dari jauh,

Dan aku tersenyum (:

Kerana aku yakin Allah melihat ikhlasnya pengorbananmu yang setinggi gunung,

Dan Dia bakal membalasnya dengan ganjaran yang seribu kali ganda lebih baik daripada yang kamu dapat bayangkan atas pengorbananmu itu!

Akhir kata, ketahuilah bahawa ada 3 unsur kekuatan yang menjadi karakteristik masyarakat Islam di zaman Rasulullah, iaitu pertama, kekuatan iman dan aqidah. Kedua, kekuatan ukhuwah dan ikatan hati. Dan ketiga, kekuatan kepemimpinan dan senjata.

Dan oleh itu aku kira, ukhti, kamu kuat ! 

Ya kamu cukup KUAT!


Monday, April 1, 2013

Irdhina Ya Rabb


Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu..

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai..

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari..

Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.

Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai jiwa yang tenang.

Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.

Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.

Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.

Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi saking seringnya ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..

Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

(alm. KH Rahmat Abdullah)

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
Aku jadi takut. Kadang-kadang mahu saja mengatakan kepada yang lain,

'InsyaAllah kita ketemu di sorga ya!"

Tetapi tersekat di mulut dan akalku sahaja :(

Kerna apa ?

Seringkali saja aku merasakan bahawa 'amal aku ini belum cukup.

Ya belum cukup, dan juga aku belum cukup ikhlas dalam 'amal-amalku untuk memungkinkan Allah memasukkan aku ke sana dengan rahmatNya.

Takutnya aku....jika 'amal-amal aku ini sebenarnya kosong saja di pandanganNya.

Aduh...risau, sungguh aku risau !

Namun aku tahu, tarbiyah ini mengajarkan diriku menjadikan Syurga itu sebagai obsesiku.

Makanya, aku tak nak mengalah dengan perasaan risau ini...dan seharusnya aku kenalah ber'amal sebaik dan seikhlas mungkin untuk masuk Syurga itu, bukan ?

Teringat cerita ni yang mana dalam satu program IM, Hasan alBanna menyusun kerusi untuk para tetamu. Dia ditegah oleh seorang Ikhwah, ‘Engkau ialah pimpinan IM, tinggalkan pekerjaan menyusun kerusi ini kepada aku’

‘Aku belum pasti,’ jawab Hasan alBanna, ‘ceramahku dalam program ini atau amal menyusun kerusi ini yang bakal membawaku ke syurga.’


Nah, bukankah dia juga berusaha sehabis mungkin untuk memaksimakan 'amalnya untuk ke Syurga ?!


Kejar Syurga, JOM ! #obsesifirdausi

Allah, ikhlaskan hatiku sepanjang ber'amal kepadaMu dan semoga Engkau redha dengan segala 'amal ku.



قَالَ اللَّـهُ هَـٰذَا يَوْمُ يَنفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ ۚ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Allah berfirman: Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar. (Al-Maidah: 119)

#takuthilangsebabakuinikosong#