Tuesday, February 26, 2013

Agen

At-tarbiyyah al-islamiyah hiya al-mutaghayyirah.

Prektis prektis untuk midterm Arab esok..ehem :p

(Ism fa3il & maf3ul biih)

"Tarbiyah Islamiyah adalah pengubah"

Satu jenis pendidikan yang saya kira tak difahami sebetulnya sewaktu belajar di sekolah tentang subjek Pendidikan Islam. (Bukan tujuan menyalahkan sesiapa, hanya menukilkan apa yang dialami dalam realiti hidup)

Itu satu statement yang saya kira valid. Sangat valid bagi diri saya yang baru saja beberapa tahun dahulu dikenalkan dengan tarbiyah islamiyah.

Setelah digegarkan dengan begitu banyak perkara sepanjang proses pentarbiyahan dalam jalan dakwah & tarbiyyah ini, bolehlah kita semua reflek balik bagaimana proses ini telah menjadi agen pengubah dalam hidup kita.

Hakikatnya saat kita merelakan diri kita ditarbiyyah, kita merelakan diri kita untuk berlari kencang dari kegelapan kepada cahaya. Dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya islam.

Manakan tidak. Islam itu mengajar kita mentauhidkanNya yang satu, meninggalkan segala syirik, tahghut, berhala fizikal atau tak nampak di dalam hati. Meninggalkan perbuatan, perasaan jahiliyyah yang masih bersarang di dalam diri.

Satu perkara yang membuatkan saya terus kagum adalah apabila semua yang turut sama di dalam barisan ini, merelakan diri mereka untuk terus diubah dengan tarbiyyah islamiyyah ini demi kebaikan ummah.

Entah kenapa. Saya sangat mengagumi seorang ini yang cakap bahawa walaupun dia ini bukanlah seorang yang pandai bercakap, tapi demi DnT(ultimately demi Islam), dia tak kisah untuk mengubah diri dia untuk menjadi pandai bercakap. (Terharu sangat saat dengar pengakuan ni :'( )

Kadang-kadang serius, rasa sangat awkward dengan manusia disebabkan kekurangan diri yang sangat super social awkward. Tetapi selepas dengar kata-kata itu, terus saya menjadi semangat ! Eventhough I always struggle to find the right words, but hey I'm trying ! :)

Tarbiyyah itu memang akan mengubah seseorang.

Daripada seorang yang pentingkan diri, kepada mementingkan orang lain.

Daripada selalu nak marah, jadi kool habis B)

Daripada selalu muka selalu serius, jadi muka manis.

Daripada cakap kasar, jadi cakap lembut ahah :P

Daripada yang tak kisah dengan jahiliyah sekeliling, jadi super sensitif.

Daripada pesimis, jadi optimis *shine shine*

Daripada super social awkward, jadi erm kurang awkward ?

Daripada lembik, jadi gagah perkasa ho ho ho

Itulah kesan agen pengubah. Mengubah sesuatu menjadi samada baik atau buruk.

Dan saya kira kembali, tarbiyah islamiyah ini mengubah kita menjadi lebih baik.

Inilah Islam. Satu manhaj/sistem yang mengangkat manusia kepada sesuatu yang lebih tinggi, lebih mulia...

Satu manhaj/sistem yang meraikan fitrah manusia yang sememangnya sukakan kebaikan...

Satu cara hidup yang harus kita ceritakan keindahannya kepada Muslims and non-Muslims alike =)

*Nahnu du'at qabla kulli shai'in*

p/s: Bacalah Sirah Nabawiyah, cerita-cerita Sahabah & Sahabiyah, cerita para pemikir, pejuang Islam di kala zaman awal kurun ke-20 di seluruh dunia serta pemikir-pemikir dunia Islam sekarang untuk faham lebih lanjut inshaAllah

Allahua'lam

Thursday, February 21, 2013

Istighfar

Astaghfirullahal 'adzim

Mungkin saja istighfar kita itu hanya dilafazkan sebagai ritual,

Istighfar sambil baca email, tengok laptop, sekadar mencukupi syarat untuk di'tick' di list mutaba'ah amal,

Walhal istighfarnya tidak dimaknai di dalam hati,

Wahai jangan begitu...


Adakah istighfar itu masih membawa makna di hati,

Bergetar jiwa, mengalir air mata, melahirkan keinsafan,

Sewaktu saat kita melafazkannnya,

Memohon ampun kepada Tuhan ?

:'(


Wednesday, February 20, 2013

Syurga

Aku nak masuk syurga dengan mereka semua.

With my matured kak long,

With my witty kak ngah,

With humorous Iha,

With artsy Shahida,

With sporty Hadi,

With awesome Awa.

And of course, with both of my parents, my supportive Abah and my understanding Mak.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

(QS. At Tahrim 66:6)

Aku berdoa dalam masa terdekat ini hingga ke akhir hayat, kita akan sama-sama tanya macam mana mutaba'ah amal masing-masing, mathurat dengan solat jemaah sama-sama lepas tu ada tazkirah pendek sekejap. InshaAllah ! :)

Thursday, February 7, 2013

Preview


"Menjadi Muslim adalah menjadi kain putih, lalu Allah mencelupnya menjadi warna ketegasan, kesejukan, keceriaan, dan cinta; rahmat bagi semesta alam. 
Aku jadi rindu pada pelangi itu, pelangi yang memancarkan celupan warna Ilahi.
 Telah tiba saatnya, derai berkilau Islam tak lagi terpisahkan dari pendar menawan seorang Muslim. 
Dan saksikan, bahwa aku seorang Muslim."

Bismillah.

Mari mulakan.

Wednesday, February 6, 2013

1,2,3 Lari !

Speechless.

Mereka dah 1 juzuk/hari.

Aku ?

Allahu rabbi.

Kena maju lagi maju lagi maju !

'Amal kena mantapkan,

Niat kena sentiasa ikhlaskan.

Lillahi ta'ala.


Tuesday, February 5, 2013

異議あリ !

Sometimes I think there's too much debate going on right now.

Debates that comes to an end result whether I'm wrong or you're wrong.

I think a debate is perfectly fine, I LOVE political debate, interfaith dialogues, or any kind of debate that comes with respect.



But when a debate brought our attention to a bigger problem than it supposed to be, that makes the debate a HUGE problem.

And a debate that leaves us hanging with more problems than solutions is highly recommended to be avoided.

That's my humble opinion, a justice lover.

Paraphrasing an excerpt from a story in a book I recently read,

When you're provoked with something said from a person (intending to get you into a debate without a reasonable reason),

Choose an option that will leave both sides unhurt.

Use wise, words with hikmah to counter the provocation. (Or in my case, silence can be an eloquent reply too)

Winning a debate won't be a success, if it hurts a relationship.

Bottomline is, when you're in a position to make a decision involving a debate between two or many sides, consult the heart first because the heart is where iman is contained, love is contained,knowledge is contained and is the source of Allah's Light.

A heart that's full of iman and knowledge will be guided by Allah's Haqq to make the best judgment inshaAllah.

Allahua'lam

p/s: 異議あリ ! (Igiari) means OBJECTION ! Yeahhh mari ambil semangat lawyer sedikit ya !