Tuesday, October 30, 2012

Banyak Kali

Bismillah :)

Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Allah bagi nikmat untuk bernafas kembali di dunia ini, mengingatkan diri bahawa saya masih menggalas tanggunggjawab sebagai khalifah dan 'abidNya.

Alhamdulillah, baru balik dari berdaurah (baca: berprogram) di West Virginia.

Daurah yang sama, basic amat di kaca mata orang yang baru mengenal tarbiyyah.

Tapi, sungguh, banyak tak terkira yang saya belajarrrr sepanjang daurah ini.

Dan sungguh, setiap kali dengar dan tengok dua video ini, pasti semangat membara kembali !


Take home messages daripada dua video ini, biarlah yang melihatnya buat konklusi sendiri.


>>>>>>>>>


 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكًا عاضًا فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون ملكًا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، ثم سكت."

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.


Selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian (khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya,masa kerajaan yang 'mengigit' (Mulkan Adhan). Adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya,masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya.



Selanjutnya, adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian (khilafah 'ala minhaj al-nubuwwah).



Kemudian beliau (nabi) diam.” 


(HR.Ahmad dan Baihaqi dari Nudman bin Basyir dari Hudzalfah)


Oh lupa, tajuk atas tu.  Cuma nak cakap, banyak kali dah dengar pengisian ni...Maknanya apa eh?

Hmmm...

Tuesday, October 23, 2012

Rukun-rukun Pemuda

1. Beriman
2. Jujur
3. Hamasah (Semangat)
4. Amal (Tindakan)

Agak-agak, kita ni ada iman saja kah?
Semangat saja kah? Kejujuran saja kah?

Amal letak mana? Kalau ada keimanan, kejujuran, hamasah tapi amalnya tak ke mana, tak jadi jugak kan.

Nak harap ciri-ciri lain ada, tapi praktikalitinya takdak, camna camna camna kita nak realisasikan apa yang kita nak?

Nak pasang cita-cita saja? Pastu terus yang lain bergolek-golek datang sendiri ka?

Contoh, nak sesangat sangat orang lain tahu nikmat iman & islam tu macam mana inshaAllah. tapi tindakan nak ke arah tu, takjalan seciput pun? Ada ilmu kemain banyak pasal islam, tapi simpan kat diri sendiri jaa? Orang suruh berkorban sikit, kemain banyak lagi alasan keluar? Apa ingat islam ni magik ja ka nak naik macam tu jaa?

Dush dush. Muhasabah lagii.....

T___T

Hendak Seribu Daya,

Takmau bagi la infinity alasan. Eh.

Haa malas tulis panjang.

Anda tau kan maksud saya. Toksah berselindung lagi...di sebalik Macbook anda itu. Eh lagi sekali.

Ni ha, mai baca entri ni sket. Biaq rasa dush dush dush.

http://humdee.blogspot.com/2011/08/tanyalah-diri-mu-apakah-kau-layak.html?m=0

Apa dah cukup pengorbanan ka blom lagi ek?

Muhasabah muhasabah balik diri.

Allahurabbi T__T

Monday, October 22, 2012

Jeles

Ya memang dah lama saya nak mengaku.

Saya jeles dengan mereka ini.

Ok sebenarnya perasaan malu lagi menebal tinggi. Malu dengan Allah lah yaa. Tapi still, sedikit jeles masih ada jugakla...

Tau tak kenapa? Depa ni semua dok pulun habih habih nak dekat dengan Allah.

Hat saya ni dok buat pa? Nak termangu jaa ka tengok depa dok berkejaran cari Allah?

Of course NO !

Terima kasih anda semua yang berjaya buatkan saya jeles.

Saya nak sama-sama berlari kencang cari Allah jugak !

Takmau la terlepas peluang keemasan dapatkan cinta Dia :D

Why not fill your time with remembrance to Allah, and stop indulging the self with self-satisfaction.

Kata nak kejar Syurga Firdausi, nak jumpa Allah dan Rasul-rasulnya, tapi kalau takda sikit usaha pon nak perbaiki diri, ibadah dan ajak orang lain untuk sama-sama buat perubahan, sama-sama laksanakan amal makruf dan nahi mungkar, makanya boleh kata kthxbye jaa ok.

Tapi kalau SERIUS nak masuk syurga tertinggiNya, jomlaa sama-sama berlumba mencari redhaNya !

Jom kawan-kawan, pasang angan-angan ke sana dan MULAKAN gerak langkah kita !

Moga Allah matikan kita dalam iman, bangkitkan kita dalam iman, dan masukkan kita ke dalam syurgaNya dengan redha dan rahmatNya.

InshaAllah, ameen.

Kamu, Ya Kamu

Ya saya memanggil kamu untuk sama-sama baca entri kali ni.

Ya kali ni saya kopipes saja entri orang lain, tapi serius entri kalini SERIUS PENTING.

Aaa ok jom mula baca....

Krik krik.

................................................................

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Ayat di atas, mugkin dah kali ke lapan juta sembilan puluh tiga anda dengar ayat ni. Diulang-ulang. Lantak pi la, saya nak tulis juga hari ini. Dalam ayat itu, Allah berfirman secara ayat mudahnya, Dia ciptakan manusia dengan jin tiada sebab lain, tiada Dia cipta manusia untuk makan, cipta manusia untuk tido, untuk berhibur situ sini, untuk lenggan kangkung lenggan bayang, bukan untuk sibuk kerja lupa dunia, belajar lupa agama, tengok bola lupa anak bini.

Tapi diciptakan manusia supaya beribadah kepadaNya, menghambakan diri dan jadi abid kepada Dia setiap detik saat dan waktu.

TAPI TAPI TAPI

Dalam nak beribadah, ada benda yang perlu kita capai supaya ibadah diterima. Contoh, nak solat, kena tutup aurat, nak ada baju, nak beli baju kena ada duit. Nak solat di masjid, nak pergi masjid ada kenderaan, tubuh badan nak kena sihat, baru sempurna rukun rukun pergerakan, tak gitu?

Nak bayar zakat, pergi haji pun nak kena ada duit. Nak kena buat persiapan sebelum meninggalkan kampong halaman. Inilah benda-benda yang kita perlu ada dalam mencari kesempurnaan ibadah.

Perlu bekerja?

Perlu belajar?

Perlu ada duit?

Perlu makan?

Perlu rehat?

Perlu riadah?

PERLU PERLU PERLU

*insert lagu sedikit dramatik di sini*

Kalau orang nak pergi berperang, tujuan dia nak lawan musuh la kan, tak kan saja-saja pergi perang nak test power kot, so menang atau syahid. Tapi, ada ke orang pergi berperang sehelai sepinggan dan sebutir periuk belanga? Heh. Tak la kan. Mesti ada pedang, perisai sebagai senjata. Kuda perang untuk ditunggangi sebagai kenderaan. Tapi still objektif perang, kalahkan musuh. Itu matlamat. Ni la yang kita kena paham. Nak capai objektif kita kena ada alat.

Duit, pakaian, makan, tidur rehat, riadah, kerja, belajar itu alat. Saya ulang itu alat. Beribadah kepada Allah itu matlamat! Apabila kita belajar, bekerja, tidur, makan, main sebab nak capai matlamat tadi, maka di situ dikira ibadah. Ni kita panggil ibadah umum. Paham kah?

TAPI TAPI TAPI

Apa yang berlaku hari ini. Manusia-manusia dah confused. Matlamat sudah dibuang ke laut. Alat pula dijadikan matlamat. Tak percaya? Saya bikin anda panas?

Contoh, orang kerja sebab nak cari duit nak infak, nak buat ibadah tapi hari ini mereka kerja gila mati sampai tension gaduh laki bini sebab nak kumpul harta, berlagak sana-sini. Orang beli kereta sebab nak pergi masjid, pergi ziarah, tapi hari ini mereka kumpul kereta buat pameran, supaya megah bicara, tinggi kepala. Alahai.

Contoh lagi, orang beli baju nak tutup aurat, supaya sempurna ibadah. Tapi hari ini rata-rata beli baju, tapi disengajakan yang buka aurat, dedah situ dedah sini buat pameran tengah jalan. Ni pakai ayat mana? Mazhab mana? Ke belajar kelas fardhu ain selalu ponteng? Heh.

Contoh, orang belajar supaya dapat kerja, dapat cari rezeki sara anak dan bini-bini serta mak ayah, belajar supaya dapat jadi hujah untuk agama, tapi hari ini ada yang keliru. Belajar tinggi-tinggi lupa daratan. Belajar sampai pukul tiga empat pagi lepas tuh subuh gajah putih. Subuh jemaah itu sah sah fail. Kemudian ditanya, buat apa belajar?

“Belajar kan ibadah. Kerana Allah”

Ni memang nak kena pelempang.

Lagi contoh, orang beriadah sebab nak jaga kesihatan supaya selalu fit. Dapat jalan gi masjid sembahyang jemaah. Tapi hari ni bersukan sampai maghrib pastu lupa nak tutup aurat time sukan. So macam mana nak jadikan sukan kita ibadah? Paham? Orang tidur pun sebab nak rehat, makan sebab nak jaga kesihatan, nak buat amal. Tapi hari ni ramai orang mati kekenyangan dan tidur lama sangat sampai tak bangun-bangun. Itukah ibadah?


Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah


Matlamat dan alat dah bersimpang siur. Oh kawan-kawan. Oh diri. Habistu, tally kah kehiduan kita seharian ni dengan seruan Allah tadi ? Anda ada jawapan untuk diri masing-masing. Kalau kita gagal beribadah kepada Allah dua puluh empat jam sehari, maka bukankah kita telah lari dari tujuan hidup?

Ayuh tajdid niat.

Gunakan alat sebaik mungkin.

Jangan keliru !

-kopipes daripada blog Nasi & Lemak-