Thursday, November 14, 2013

Things To Understand

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah terasa sangat bersyukur sekarang ini dengan keadaan yang Allah tetapkan kembali diriku untuk berada di Kedah :)

Banyak sungguh perkara yang ku belajar tentang masyarakat sekeliling bila aku mula bekerja part-time di salah satu kedai yang dekat dengan rumah.

Di mana kebanyakan pekerja kat situ, samada muda atau lebih kurang sama umur saja denganku.

Sungguh, sekarang aku dah tahu sedikit macamana keadaan remaja di Malaysia. Dan aku bersyukur, sebab sekarang ini aku dapat menilai berdasarkan pergaulan one-to-one dengan mereka.

Bukan hanya dengar-dengar dari berita, mulut orang dsb.

Salah satu perkara yang aku dapat lihat adalah remaja sekarang memang punya masalah-masalah yang sedia kita tahu macam melepak, ber'couple', tinggal solat, dah lama tak baca Qur'an et cetera.

Ada seorang kawan di tempat kerja cakap kat aku (yang buat aku rasa sangat nak menangis sebenarnya),

"Akak, saya dah lama tak baca al-Qur'an kak. Saya pun taktau pandai lagi ke saya nak baca Qur'an ni..."

Tapi aku rasa sedih, bilamana aku tahu (senyap-senyap) dalam hati betapa mereka sebenarnya nak jadi orang baik. Mereka sebenarnya nak berubah...

Tapi cumanya, tiada orang yang nak menyantuni mereka :'(

Sedih sangat bilamana terkadang mungkin kita terlalu berada dalam kelompok golongan baik kita sahaja...sampaikan kita tak tengok atau tak sedar bahawa mereka yang lain pun ada di sekeliling kita. Mereka pun nak jadi baik macam semua orang...nak jugak masuk syurga T___T

Aku personally rasa kat sini, kita perlu jadi qudwah hasanah kat mereka. Perlu rapat dengan mereka. Tak perlu buat mereka rasa offended...atau rasa macam diri kita ni susah nak approach.

Walhal islam tu meraikan semua. Islam itu tak sulit pun...Islam itu indah. Dan keindahannya kita perlu share kepada semua orang supaya mereka pun dapat rasanya betapa nikmatnya menjadi seorang Muslim itu. Betapa perlunya mereka nak rasa dalam hati betul-betul yang mereka 'izzah dengan islam. Betapa bila mereka dah kenal islam, mereka takmau lepaskan dah islam itu dari diri mereka..

Ya Allah, semoga Engkau menetapkan yang terbaik untuk diri ini. Semoga diri ini tak menjadi fitnah untuk islam. Dan semoga diri ini berusaha lebih untuk memahami semua manusia sebelum menilai apa-apa...

Astaghfirullahalazim wa atubu ilaih...