Monday, July 22, 2013

Eskapisma

Abaikan tajuk di atas sebab post ni memang takda kena mengena sedikitpun dengan tajuk huehue..

Sesudah hampir 2 bulan pulang ke Malaysia, ternyata aku dapat simpulkan di sini bahawa sungguh, ia mengajar aku untuk beriman dengan ayat-ayatNya.

Percaya bahawa setiap kalimat magis yang diungkapkan dalam kalamNya menjadi suatu janji dan suatu kata-kata motivasi bahawa,

YA!!!!

Allah berkata benar dan janji-janjiNya yang paling akan ditepati (takkan dicapati, everrrr).....dengan syarat,

kita pula memenuhi pra-syarat yang Dia tetapkan sebelum Dia melangsaikan janjiNya.


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (10) (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (11)Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (12) Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (13)
(As-Saff 61:10-13)

Sepanjang aku pulang ini, terus-terang aku katakan bahawa cukup mujahadah untuk mencari tarbiyah sendiri kerna aku masih lagi menunggu di sini.

Masih belum punya murobbiah atau siapa-siapa saja. Ahh...sedih barangkali.



Namun, dapat aku simpulkan juga bahawa kepentingan kita, sebagai seorang muslim dan mukmin (inshaAllah) untuk berpegang teguh dengan urwatul wusqa.

Tali Allah...

Ya, di dalam dunia yang penuh dengan percampuran dan pertarungan antara haq dan batil ini,

begitu banyak sekali tali-tali yang kita boleh capai dan berpegang kepadanya.

Namun, Allah menegaskan bahawa jika kita benar-benar memilih untuk beriman kepadaNya,

maka sesungguhnya kita telah memilih untuk berpegang kepada tali yang paling kukuh sekali, iaitu tali Allah.


فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا

...barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus... (Al-Baqarah 2:256)

Bila Allah cakap dengan kita dalam ayat-ayat di atas ni, nampak kan permainannya di sini?

Bahawasanya pra-syarat UTAMA yang kita kena penuhi adalah, kita kena jadi orang yang beriman !

Oleh itu jujur aku tanyakan kepada diriku, selama mana aku mengakui bahawa diriku sudah beriman, adakah aku benar-benar beriman kepadaNya ?

Dan, apakah maksud iman itu sendiri ? (boleh check Hadis 2 semula, insyaAllah)

Akhir sekali, 

"Kalau benar-benar beriman, mesti ada amal. Kerana amal itu terbitan iman" -quoted-

Maka aku mengajak diriku yang pertamanya dan mereka yg membaca post ini utk memuhasabah semula "iman" kita. 

Check semula amal ibadah (solat, qiam, puasa, tilawah, mathurat dsb) kita, akhlak kita, hubungan kita dengan ibu bapa, kawan-kawan, saudara-mara, dan haiwan. Infaq kita, macam mana...

Selama mana kita hidup dalam dunia yang singkat ini (yep, dunia ni kejap sangat, taksempat kelip mata pun sebenarnya nak bandingkan dengan akhirat yang lama tu), mari kita sama-sama memperbaharui iman kita.

Mari kita sama-sama bermujahadah untuk menjadi orang yang paling terbaik imannya di pandanganNya...insyaAllah !

Wallahua'lam.

p/s: Doakan diriku di sini ya :] Fastaqim kama umirt, insyaAllah~

p/s/s: The best escapism is by reading Allah's ayaat and feelin' 'em with your heart while pondering 'em with your mind. Sumpah best ! :D

Monday, July 15, 2013

Poetry (Kind Of)

Dedicated to all my brothers & sisters out there :)

Tuesday, July 9, 2013

Terjumpa

satu quote yang "terasa" dekat dengan situasi di bumi Misr sekarang,

Imam Al-Banna berkata:

لا تيأسوا فليس اليأس من أخلاق المسلمين وحقائق اليوم أحلام الأمسوأحلام اليوم حقائق الغد ولازال في الوقت متسع ولازالت عناصر السلامة قوية عظيمةفي نفوس شعوبكم المؤمنة رغم طغيان مظاهر الفساد والضعيف لا يظل ضعيفاً طول حياتهوالقوي لا تدوم قوته أبد الآبدين يقول تعالى :(وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَىالَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُالْوَارِثِينَ ، وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ).

“Jangan kalian berputus asa kerana berputus asa itu bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah mimpi-mimpi semalam dan mimpi hari ini adalah hakikat yang akan berlaku esok. Masih tetap ada lagi waktu dan anasir-anasir yang baik masih utuh dan kuat dalam jiwa-jiwa bangsa para mukminsekalipun kerosakan bermaharajalela. Yang lemah tidak akan selama-lamanya menjadi lemah sepanjang hidupnya, sebaliknya yang kuat tidak akan selama-lamanya kuat sepanjang hidupnya. 
Firman Allah yang bermaksud:

“Dan Kami (Allah SWT) mahu mengurniakan (kekuatan) kepada orang-orang yang lemah di muka bumi ini dan Kami akan jadikan mereka pemimpindan pewaris kepimpinan serta Kami akan menguatkan kekuasaan mereka di atas mukabumi ini”.

Semoga antum di sana terus dikurniakan kekuatan dan kesabaran olehNya, insyaAllah ! 

Refreshing Start~!

That moment when you met your sisters.

This time around, I greatly and appreciate these chances that Allah has been giving me.

After coming back from PUNCAK (Program something something Amerika Kanada lol), I think I learned a lot =')

I wasn't one of the participants, I just came there to become the penyibuks there :p

But, alhamdulillah glory to be ALLAH, for He already has His own plans for me.

After meeting brothers & sisters there, there's always moments of reflection for me...

Samada ada muhasabah dari segi pembaikan diri sendiri, ataupun untuk amal da'awi.

You know that feeling...when you meet ikhwah and akhowat who inspire you to be a better muslim individual and a dai'e ('abid & khalifah).

It's priceless~!

:')

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Nak tahu satu benda yang paling terkesan dekat hati,

Bila akhawat share sesuatu yang buat aku terkesima dan terkedu (dan juga potong bawang tanpa henti). Raut mukanya sewaktu dia bercerita pun takkan aku lupa sampai bila-bila. 

Terkadang kita rasa ukhti ni kental, tapi kita tak pernah tanya dia ok atau tak?

Terkadang kita nampak murobbi/ah ataupun mutarobbi/ah cakap ok ja memanjang, tapi kita tak pernah tanya dia sebenarnya ada masalah atau tak?

Kita gagal nak bina hubungan dua-hala yang sebetulnya antara murobbi/ah & mutarobbi/ah atau sesama akhawat/sisters, 

Kita gagal nak fahami mereka...walhal kita selama ini melaungkan ukhuwah itu salah satu tunjang kekuatan dakwah kita.

..............

Aku rasa, aku sangat belum cukup ta'aruf lagi dengan semua orang.

Minta maaf ya, ukhti.

Aku selalu lupa, yang dai'e ni juga manusia.

Yang ada kelemahan, kekangan dan juga diuji dengan pelbagai ujian yang superhebat.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku atas kelemahan diriku ini.

اللّهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني

اللّهم بلغنا رمضان