Friday, November 30, 2012

Pemandu Jalanan

Ini entri kopipes. Harap maklum.

Manusia dari masa ke semasa akan mengalami perubahan dan pergantian. Bermula dari seorang bayi, kemudian berkembang menjadi seorang anak dan dari seorang anak berubah menjadi remaja. Dari remaja berubah menjadi dewasa dan akhirnya menjadi tua renta hingga ajal menjemput nyawa.

Ini bererti manusia adalah makhluk yang sentiasa mengalami perubahan. Perubahan sangat dekat dengan fitrahnya serta sangat dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti :
  1. Pengetahuan.
  2. Keyakinan.
  3. Pergaulan.
  4. Pengalaman.
dan sebagainya.      
                                                      
Sangat jarang kita menjumpai manusia yang tetap tanpa perubahan kerana perubahan pada diri manusia merupakan suatu kelaziman.

Pada asasnya, manusia memerlukan perubahan dan kehidupan akan terasa jemu tanpa adanya perubahan.

Seorang karyawan merasa jemu melakukan pekerjaan yang tidak berubah. Setiap orang mengalami kejemuan dengan sesuatu yang bersifat ‘monotonous’.

Begitu juga dengan hati kita, ia akan sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap.
  1. Kadang-kadang hati ini lembut, namun kadang-kadang, sebaliknya ianya mengeras.
  2. Kadang-kadang hati ini bercahaya dan kadang-kadang ianya gelap.
  3. Kadang-kadang hati begitu tawadhu’ manakala di masa lain ia berubah menjadi angkuh.
  4. Suatu ketika, hati ini boleh sabar, manakala di waktu yang lain ia cepat marah dan langsung menjadi tidak sabar.
  5. Suatu waktu, hati ini terasa tenang, namun di waktu yang lain ianya terasa kosong dan  bingung.
  6. Hati boleh taat kepada Allah dan boleh pula durhaka kepadaNya.
  7. Dalam beribadah, hati mampu mencapai darjat khusyu’ dan boleh pula dengan mudah menjadi lalai.
Firman Allah swt :

“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(QS Al-An’am: 110)

Iman yang ada di dalam hati pun boleh berubah-ubah.
  1. Pagi hari beriman, petang hari ingkar.
  2. Petang hari beriman, pagi hari kufur.
Begitulah sifat hati manusia. Perubahan hati sangat cepat dan kadang-kadang tidak mampu dikendalikan dengan baik.

Boleh jadi,
  1. Hati dihiasi oleh sifat-sifat yang luhur, namun dalam masa yang sama, ia boleh dililit dengan sifat-sifat yang tercela.
  2. Hati dapat merasakan ketenangan ketika bersama Allah namun, ia juga boleh merasa resah ketika menghadap Allah kerana ia merasa banyak dosa saat menghadapNya.
Hati dalam bahasa Arab disebut dengan qalb’ yang ertinya bolak-balik kerana memang sifatnya yang cepat berbolak-balik (berubah).

Hati bagaikan bulu ayam yang tergantung di atas pokok yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas. Demikianlah yang di sabdakan oleh Rasulullah saw :

 “Hati dinamakan ‘qalb’ kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati itu bagaikan bulu (ayam) yang tergantung di atas sebuah pokok, yang dibolak-balikkan oleh angin sehingga bahagian atas terbalik ke bawah dan bahagian bawah terbalik ke atas.” (HR Ahmad)  

Bahkan dalam hadits lain hati berubah sangat cepat melebihi perubahan air yang sedang mendidih.

Rasulullah saw pernah bersabda :

 “Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari periuk yang berisi air mendidih.” (HR Ahmad)

Perubahan hati terserlah pada tutur kata dan kewujudan perbuatan yang dilakukannya. Oleh yang demikian, kita tidak perlu hairan, jika kita menjumpai orang yang sering bersilat lidah atau orang yang tidak memberi sepenuh komitmen dengan janji yang ia ucapkan.

Namun, walaupun keberadaan hati sentiasa berubah terus, bagi seorang mukmin, hendaknya ia berusaha menjaga dan merawat kebersihan hati dari penyakit yang hendak merusakkannya.

Hati boleh berubah-ubah selama mana perubahan itu tidak menjurus kepada maksiat atau durhaka kepada Allah.

Tidak ada seorang pun yang dapat menjamin hatinya tetap dalam sesuatu keadaan di mana hati akan berubah mengikut perkara yang sedang di hadapi.

Perbezaan perkara yang dihadapi boleh menyebabkan berlakunya perubahan hati.

Misalnya dalam bekerja, jika pekerjaannya banyak membawa keuntungan, hati akan tenang dan  terasa mudah untuk bekerja namun, apabila pekerjaannya muflis, maka hati akan mula resah dan  berpaling darinya.

Hati akan condong kepada perkara yang disukai dan berpaling dari perkara yang tidak disenangi. Dari sinilah, dapat diketahui bahwa perbezaan niat atau motivasi seseorang dalam melakukan pekerjaan ditentukan oleh sudut pandang yang berbeza-beza.

CONTOH 1 :

Orang yang solat, di saat ‘takbiratul ihram' ia niat ikhlas kerana Allah, tetapi ketika berada di tengah-tengah semasa melakukan solat, hati boleh berubah sewaktu-waktu, kerana ia mengingati sesuatu atau kerana ia terlena dengan pujuk rayu syaitan.

CONTOH 2 :

Orang yang bersedekah, di permulaan niatnya adalah kerana Allah, tetapi setelah mendapat sanjungan dan pujian, niatnya berubah menjadi bangga serta ingin mendapat pujian.

Perubahan-perubahan ini yang semestinya dijauhi dan ditinggalkan oleh orang yang rindu akan rahmat Allah.

Rahmat dan ridha Allah akan diberikan kepada orang yang beramal kerana Allah semata-mata mulai dari awal hingga akhir amalnya serta ia tidak dapat menjaga niat ini kecuali ia menyerahkan urusannya kepada Allah sebelum beramal.

Kita mestilah mengetahui bahwa hati berada dalam genggaman Allah.

Firman Allah swt :

Sesungguhnya Allahlah yang membatasi antara manusia dan hatinya.” (QS Al-Anfal : 24)

Dengan kata lain hanya Allah yang menguasai hati manusia.

Allah swt tidak akan menerima amal kecuali orang yang hatinya bersih (ikhlas).

Firman Allah swt :

Kecuali yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih.” (QS Asy-Syu’araa’ : 89)

Hati juga boleh mengeras disebabkan :
  1. Banyak melakukan larangan Allah dan sering meninggalkan perintahNya.
  2. Menjauhkan diri dari ulama’.
  3. Sering ketawa.
  4. Mengambil makanan yang haram.
Melakukan dosa besar misalnya boleh menyebabkan hati menjadi beku. Hati yang beku akan sukar untuk menerima sentuhan hidayah Ilahi dan jauh dari rahmat Allah swt.

Allah swt berfirman :

“Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingati Allah.”(QS Az-Zumar : 22)

Sebaliknya Allah swt bakal mengampuni dosa orang yang takut pada azabNya dan ia datang dengan hati yang bertaubat di mana Allah menggolongkan mereka di kalangan hamba-hambaNya yang beruntung dan terus terpaut denganNya.

Allah swt :

“Bagi orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang dia tidak kelihatan (olehnya) dan ia datang dengan hati yang bertaubat.” (QS Qaaf : 33)

Seorang mukmin mesti mengetahui :
  1. Keadaan hatinya yang sentiasa berubah-ubah.
  2. Penyebab hati yang menjadi rusak.
  3. Usaha-usaha pencegahan hati dari kerusakan.
  4. Jalan-jalan penyelesaian untuk menyelamatkan hati.
Jika kita mengetahui hati mulai terasa sakit, ia mestilah cepat-cepat mengubati hatinya sebelum ia tertutup yang pada akhirnya akan membuat dirinya akan hancur.

Masalah ini sangat penting kerana Allah swt telah mengingatkan kita akan bahaya hati yang keras, lalai, sakit, buta, tertutup, terbalik dan terkunci mati.

Tanpa menyedari bahwa hati itu sentiasa berubah-ubah, seringkali ia tidak bersedia menerima masalah yang di hadapi.

Dengan menyedari bahwa hati yang sentiasa berubah-ubah, seseorang akan lebih bersedia menjalani kehidupan di bawah ketetapan Allah swt.

Perhatikan anjuran Rasulullah saw di kala kita menyukai sesuatu.

Rasulullah saw pernah bersabda :

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya sahaja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya sahaja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR Tirmizi)

Hadits ini menganjurkan kepada kita sikap bersederhana dalam menghadapi permasalahan hidup serta melarang kita dari berlebih-lebihan dalam setiap perkara kerana Rasulullah saw sangat mengetahui bahwa hati manusia sentiasa berbolak-balik.

Sekarang mungkin ia cinta, besok sudah lupa, kelmarin sangat benci, sekarang begitu rindu ingin bertemu.

Maka, hendaklah kita jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara kerana ianya termasuk perbuatan yang dilarang dan merupakan perbuatan syaitan.

Mengapa hati sentiasa berubah-ubah?

Ini adalah kerana ia merupakan muara dari segala tujuan.

Misalnya, jika sesuatu ‘A’ menyentuh hati dan berpengaruh kepadanya, maka dari arah lain ada pula sesuatu ‘B’ yang meresap ke dalam hati yang berlawan dengan sesuatu ‘A’, hinggakan hatinya menjadi berubah.

Demikianlah yang berlaku ketika syaitan turun ke hati dan mengajaknya untuk memperturutkan keinginan nafsu, maka malaikat akan turun ke hati untuk menghalau syaitan dari hati.

Jika syaitan menarik hati untuk berbuat keburukan, maka malaikat menarik hati untuk berbuat kebaikan.

Dengan yang demikian, dalam suatu waktu, akan berlaku perebutan antara syaitan dan malaikat untuk menguasai hati.

Hati akan penuh dengan sifat-sifat keburukan jika ia mengikuti bisikan syaitan dan memperturutkan bisikan itu  manakala hati akan penuh dengan sifat-sifat yang baik, jika ia mengikuti bimbingan malaikat dan merealisasikan dalam perbuatannya kerana sifat hati itu sentiasa berubah-ubah.

Meskipun hati sentiasa berubah, ada perkara yang tidak boleh berubah, iaitu :
  1. Keimanan kepada Allah.
  2. Ketaatan kepadaNya.
Janganlah sampai iman dan taqwa kita berubah-ubah kerana kedua-duanya adalah tiang kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat kelak.

Baik dan buruk, bahagia dan susah, pahala atau siksa, syurga atau neraka bergantung pada kedua-duanya.

Begitu pentingnya perkara di atas sehingga keduanya menjadi kayu ukur diterima atau ditolaknya amal perbuatan oleh Allah swt.

Oleh kerana itu, Rasulullah saw sentiasa berdoa agar diberikan ketetapan hati untuk mentaati Allah swt.

 “Wahai Zat Yang Memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan kepadaMu!”(HR Muslim)

Keikhlasan mesti tetap terjaga kualitinya pada saat kita beramal. Jika ia rusak, maka cederalah amalnya.

Ikhlas beramal kerana Allah tidak boleh berubah, kerana ia adalah ruh ibadah. Tanpanya, amal akan menjadi sia-sia.

Begitu juga dalam kita tetap berpedoman kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ianya tidak boleh berubah atau berpindah kepada pedoman-pedoman yang lain. Kedua-duanya adalah pelita hidup dan penuntun menuju syurga Allah swt. Orang yang berpijak pada keduanya akan selamat di dunia dan di akhirat.

Akhirnya kita hanya mampu berusaha dan berharap semoga Allah swt berkenan memberikan kemantapan iman, ketaqwaan, keikhlasan dan ketetapan untuk berpedoman dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah kerana dengan ketetapan hati pada perkara-perkara tersebut merupakan modal awal untuk kita sentiasa dapat bersama Allah swt.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, maka tetpkanlah hati kami di atas agamaMu dan lindungilah hati kami dari sifat lalai, lupa dan buta sehingga kami mampu menangkap keagungan dan kebesaranMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Wednesday, November 28, 2012

Tamayyuz

Tamayyuz itu ertinya berbeza.

يختلطون ولا يتميزون

"Yakhtalitun wala yatamayyazun"
"Bergaul tetapi tidak bercampur" = Berbeza

Jom soroti kembali sirah !

Contohnya, sikap dan perangai Umar yang sebelum Islam tentunya berbeza apabila beliau memeluk Islam. Tapi, sikapnya tak menghalangi beliau untuk bergaul dengan manusia lain, berdakwah bersama sama Rasulullah SAW.

Mereka memang berbeza. Beza mereka dapat dilihat oleh manusia yang berhubung dengan mereka. Beza pada cakap dan tingkah laku mereka mula ketara. Pakaian mereka mungkin tidak berubah, tetapi akhlak mereka sangat berbeza. 

Seorang bangsawan yang mementingkan keduniaan dan harta benda seperti Mus'ab Ibn Umair boleh berubah akhlaknya mementingkan akhirat sehingga ketika syahid menjemput beliau, tiada apa yang boleh digunakan untuk menutupi jasadnya dengan sempurna. Menitis air mata Rasulullah SAW...

Aiwahh, beginilah seharusnya orang tarbiyah ! Kawan kawan melihat kita berubah, tetapi bukan menyebabkan mereka semakin jauh dari kita tetapi cuba mendekati kerana akhlak yang kita tunjukkan.

Kita mesti berbeza dengan orang lain. Jika kita masih seperti orang lain, maka kita telah kehilangan ‘tamayyuz’ kita. 


Jadi, apa ertinya kita TARBIYAH?..

Wednesday, November 14, 2012

Repeat

And the verse kept repeating in my mind.

Yes, I'm being dead serious. The said, incomplete verse keeps repeating itself in my not-so-clear mind.

I wished I had an A-Ha moment, so I didn't have to rely on Mr Google (the source of all goodness...eh?) to recall that verse.

But still, as someone who have yet to remember every details in the Qur'an, I struggled to find which verse exactly it is. :(

Hah, that just tells me, I need to work on my understanding of the Qur'an more ey?

So I gave up relying on my mind for a while.

"Let's try googling what little phrase or word you remember from the verse, okay?"

"Alrighttt !"

So there ! I started googling the verse, and ta-dah ! As expected, thousands of results popped on the screen within milliseconds.

Yet, interestingly, none of the verses from the myriad of results matched up with the one in my mind.

Weird, I know right?

And so, today, while I was reading through the Qur'an, the verse is there !

THE verse....Right in front of my two eyes !!!

Allahuakbar ! I feel like crying because when I read through the meaning, it vibrates a sense of nostalgia.. :')

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
And hold fast, all together, by the rope which Allah (stretches out for you), and be not divided among yourselves; and remember with gratitude Allah's favour on you; for ye were enemies and He joined your hearts in love, so that by His Grace, ye became brethren; and ye were on the brink of the pit of Fire, and He saved you from it. Thus doth Allah make His Signs clear to you: That ye may be guided.


Saturday, November 10, 2012

Nikmat Masa

Walaupun cuti sekejap tapi kena plan betul-betul !


والْعَصْرِ ﴿١ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِر وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 
By (the Token of) Time (through the ages), (1) Verily Man is in loss, (2) Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy. (3)

Thursday, November 8, 2012

Jiwa Mesti Kental

Hendaklah kita didik jiwa kita supaya menjadi kental !

Jangan berasa tertekan dengan ujian-ujian duniawi, hatta ditekan sehebat manapun.

Kerna ujian-ujian ini bisa membawa kita lebih dekat padaNya,

Mungkin juga lebih dekat dengan syurgaNya.

Ingatlah, Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya

Kerna Dia sudah berfirman di dalam Buku Cinta kita,


لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Senyum.

(:


Monday, November 5, 2012

Infiru



انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" - [AQ 9:41]