Friday, May 24, 2013

Truth

Truth is,

our experience being tarbiyah-ed (if there's such a word) here is never the same as before in Malaysia.

And of course,

it is expected that our medan amal would be so much different in our home country :)

Satu benda saja la nak share daripada apa yang saya dapat daripada salah seorang shuyukh (sheikh-sheikh) yang sempat jumpa sat ja haritu,

"Bila balik nanti, tak boleh nak expect la terus ada usrah, ada medan amal. Kita yang kena lebih usaha cari peluang, tak perlu tunggu orang nak cari kita baru kita nak bergerak. Takperlu nak tunggu orang call untuk usrah, takperlu tunggu nak berintima' baru nak bergerak. Instead apa kata kita sendiri cuba cari usaha untuk initiate sesuatu ?"

(paraphrase banyak ni sebab tak ingat exactly huhu)

Kalau fikir logik, memang macam tu pun kan dalam dunia ni ?

Contohnya, lepas dah grad, expect balik Malaysia terus dapat kerja. Err...takdapat la kot eh kalau kita sendiri yang takda usaha langsung juga.

Well, unless you're a doctor, I'd say you'd have a placement right away, ey ?

Nak katanya jugak kalau kita sendiri takmau push diri sendiri untuk bergerak cari peluang, don't expect people to keep pushing you to bergerak.

Allah will be our biggest penggerak here, ain't that right? Well, He has always been the One who is motivating us to bergerak in this path at the first place.

Oh well,  I just gotta have the biggest preparation to deal with the reality.

ONE WEEK to go !


The final jaulah I've had with few sisters in USA :)

Such a great moment of tarbiyah indeed !

Ohio-Indiana-Illinois-Michigan

Alhamdulillah :)

Anticipating the next phase of DnT~!

Tuesday, May 14, 2013

Rahsia TDZ

Lagi 2 minggu mahu pulang.

Persiapan masih belum mantap, lalu aku selak kembali satu buku pinjaman, Tarbiyah Dzatiyah karangan Solikhin Abu 'Izzudin.

Bercakap tentang Tarbiyah Dzatiyah, aku kira ianya suatu hal yang amat susah.

It requires personal mastery, really.

No one else can help you out, cause it involves yourself & Allah.

But here's something I gathered from the book that will definitely remind myself (first & foremost) and hopefully, it'll benefit those who are reading this post...inshaAllah.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Rahsia Sukses Tarbiyah Dzatiyah

1. Al-Fahmu Ad-Daqiq (Kefahaman yang Terperinci)

Tarbiyah mesti berlandaskan kepada kefahaman yang benar. Bersumber dari landasan utama ; Al-Quran, Sunnah dan Sirah Nabi.

2. Al-Iman Al-Amiq (Iman yang Mendalam)

Iman jangan dicampurkan dengan keraguan. Sebabnya, iman yang bercampur-baur dengan keraguan tak mempunyai base yang kuat. Iman harus ditanam dalam-dalam di hati, sebagai iman yang berkarakter dan berpengaruh dalam kehidupan.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. (Al-Hujurat : 15)

Kita kena yakin bahawa Islam adalah agama yang Haq dan takda sedikit keraguan pun dalamnya. Iman yang mantap adalah kunci istiqamah dalam hidup dan rahsia sukses dalam tarbiyah.

3. Al-Ittishal Al-Watsiq (Hubungan yang Kukuh)

Sebaik-baik tempat bergantung adalah Allah, Allahus-Samad. Kita menggantungkan diri kita kepada Allah dengan tali yang amat kuat, urwatul wusqa yakni kalimat Laa ilaaha illallah.

Kita dituntut bekerja dan berproses dengan baik dan benar.

Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (At-Taubah: 105)

4. Al-Hubb Al-Kamil (Cinta yang Sempurna)

Apa pun amal, dasarilah dengan rasa cinta. Kerna cinta bisa meringankan perkara yang berat, mendekatkan yang jauh, memudahkan yang sulit.

Menurut Ibnu Taimiyah, syarat diterima ibadah tidak sekadar ittiba' syar'i dan ikhlas, tapi juga harus dilandasi cinta.

Dalam hadis (Halawatul Iman) Kemanisan Iman, Rasulullah saw mengajarkan titik tolak perubahan dari cinta :")

5. Al-Amal Al-Mutawashil (Amal yang Berterusan)

Kejayaan tak bererti kalau tiada kesinambungan. Tarbiyah pun harus dilakukan secara berterusan sepanjang hidup ! Batas akhir tarbiyah adalah kematian. Husnul khatimah atau su'ul khatimah ? Kematian adalah potret kehidupan seseorang. Maka bahagiakanlah dan berjayakanlah diri kita dengan amal Islami yang tiada henti.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Makanya, jangan pernah berhenti memantapkan TDZ kita, ok ?

Wallahua'lam.

Allahumma muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala tho'atik wa fii sabilik.

Sunday, May 12, 2013

Yang Menguatkan

kita di jalan ini hanya Dia yang Satu.

Kalaupun nampak "kencang" amal da'awi, amal denganNya tak kemana.

Takkan bertahan...

Ya, kau takkan bertahan dan tertahan.

Sebab tu, ada orang nampak "senyap" tapi tengok-tengok dia yang paling tsabat.

Sebab apa ?

Sebab dia menjaga Dia yang di atas, lalu Dia pun menjaga dirinya.

Faham tak (Nadiah) ?

Allahumma tsabbit qalbi 'ala deenik wa 'ala tho'atik wa fi sabiilik.

:'(


p/s: Allah, kuatkan diriku ini untuk terus berada di atas jalanMu.